Jan 23, 2013

Kerana kau jantan tak guna

well.
dah rabu dah kan?
pantasnya masa berlalu sepantas angin ribut menghembus.
esok Maulidurrasul. aku ada sambutan Maulidurrasul di Masjid Putra esok.
first time sepanjang 3 tahun berkhidmat as a civil servant.
atenye nama asyik tak naik.
kali ni naik pulak, merasalah baju batik free tahun ni. hikhikhik.
warna merah tau. memang "kena" sangatlah warna tu dengan kulit aku ni.

ohya pagi tadi aku bangun lewat. aku menyalahkan henfon aku sepenuhnya kerana tidak berkhidmat dengan baik untuk aku. aku jaga dia bagai menatang minyak yang penuh, ini balasan dia terhadap aku, dengan tidak membunyikan jam nya tepat pukul 5.
dan bila aku check semula, sah, henfon telah sabotaj aku, tuannya yang comel lagi rupawan ini.
sebab, aku dah kunci jam pukul 5 pagi, walaupun aku asyik meng-snooze sehingga ke pukul 5.45.
tetapi dia bisu. diam seribu bahasa.
demmmyuuu henfon. kita clash sehari.
makanya malam ini adalah berjanji taat setia sehati sejiwa dengan sha dan dhiya untuk ke uptown mencari jam loceng dan tentulah ianya mesti berwarna pink. haih.
amboi.
jauh betul nak ke uptown ya mencari jam.

petang semalam ke pasar malam Bangi.
dan tentulah ada jual jam loceng.
dan tentulah Sha paksa aku beli.
dan tentulah pakcik cina tu bersusah payah masukkan bateri dan bunyikan jam tersebut.
dan tentulah ianya berwarna pink.
tetapi iolss fikir hmmm RM 15 tu macam mahal sangat.
tetapi beli baju RM 25 tak mahal ke poms?
inilah balasan padaku kerana bersikap sombong lagi takbur terhadap jam loceng.

malam tadi.
setelah menghempaskan badan ke tilam, tetiba


"aku benci dia. aku benci dia. benci. macam s**l la jantan ba*i tu. memang mampuslah dia kena langgar lori. pergi mati lagi baik"

amboi, tak pernah ku tahu ada jantan ba*i dalam dunia ini.
pergi mampus? itu saja yang termampu adik ucapkan?
langgar lori? la, lenyek dengan steamroll lagi bergaya rasanya.

dan lagi


"ko tak payahlah nak menangis sebab jantan bodoh macam dia tu. buang masa je. bersepah lagi jantan macam dia dalam dunia ni"

ok part of it bagus.
nasihat yang bagus.
memang bodoh menangis untuk lelaki yang tak pandai nak hargai kita.
lebih baik pergi coolblog beli coklat smoothies campur pearl. nikmat terasa di tekak.
tetapi part bersepah jantan macam dia tu, not good.
sebab kita tak mahu jantan macam itu bersepah berlegar-legar di Malaysia bumi bertuah ni.
kita tukar kepada :~~

"ko tak payahlah nak menangis sebab jantan bodoh macam dia tu. buang masa je. ada ramai lagi lelaki yang lagi baik, sejuta kali lagi baik dari dia yang layak dijadikan suami. ko akan bahagia dengan suami ko tu till jannah" 


ewah till jannah katanya


shoud be.
tapi kau janganlah mengharap lelaki baik tapi amboi, bahasa kau boleh tahan sakitnya.
janganlah dilemparkan kata kesat. kan lebih baik cool down dan berhemah


"tapi aku sayang dia la!!!!" 

kata budak tersebut. eh, menjawab.
dengan tangisan yang kuat, menjerit dan dah nak macam histeria.

ish ish ish.
kesian lelaki itu.
dahlah kena s**l. ba*i pulak tu.
lepas tu bodoh pulak?
memang sadis.

tak lama kemudian, terdengar tangisan yang lagi kuat, meraung dannnnnn....
cukupppp. cukupppp aku kata. jangan nak berdrama lagi.

aku keluar bilik.


"ini kenapa ni? bawa mengucap boleh tak?" 

muka serius. suara garang.

tiga-tiga pandang aku.
aku berpaling dan masuk bilik semula.
like a boss.

putus cinta letewww.
bebudak remaja zaman laa ni memang hebat ya kalau putus cinta.
kata orang, cinta sepenuh hati, bila putus boleh mati.
ohmyyy.

muka dahlah comel.
mesti ramai saja yang nak jadi pengganti, kan.
yang penting, memalam buta jangan nak menjerit.
sebab ahkak reena is soooo takut kalau ada yang menjerit di malam hari.
terbang semangat tauuuuu.

No comments: