Aug 7, 2012

Kerana zaman kecik yang bermacam-macam

malam tadi teringat kenangan masa kecil.
macam karangan "sewaktu aku kecil dahulu".
masa kecil yang aku ingat..

1. masa tadika aku ada kawan baik nama Adi. dia orang indonesia. ayah dia ajar aku mengaji. baik sangat family dia. adi ni hensem. hehehe kecik-kecik dah tau ye orang tu hensem ke tak. adi ni duduk dekat je dengan rumah aku so that's why kami jadi kawan baik. aku ingat lagi, masa tu petang adi kata kat aku "saya nak pulang ke indonesia, awak jaga diri tau" aku cuma mampu gelak je lah sebab tak tau apa erti perpisahan. yang aku tau, selepas dia takde, aku macam putus cinta. demmm kekecik dah pandai bermain cinta. adi ada kakak kembar kalau tak silap nama yani dan yana. one of them cacat kaki tapi dua-dua rambut panjang dan lawa. aku pernah percaya yang adi vokalis 6ith sense tu adalah adi kawan aku. tapi sebab adi penyanyi tu tak hensem maka, ok bukan, lupakan saja.

2. aku ada sepupu yang aku sangat rapat masa kecil. well bila dah besar godang ni, jadi renggang. dia tua dari aku. dah kawen dan ada anak. nama dia Adda. satu hari aku dan Adda tidur rumah atok dan wan. atok dan wan tidur di bawah. aku dan Adda tidur atas katil. seperti biasa, ubat nyamuk dipasang sebab banyak nyamuk kot memalam. dan bila malam menginjak semakin jauh, terdengar wan menjerit api...api..api.. rupa-rupanya bantal yang aku peluk tercampak ke bawah dan terkena ubat nyamuk maka lantai papan rumah pun terbakar. relaks wan. jangan gelabah. atok dengan macho ambil air dan jirus. api yang hampir marak dapat dipadam. hasilnya satu rumah berasap. dan hasilnya lagi, lantai rumah wan dan atok berlubang besar. kesian atok dan wan dapat cucu tidur lasak macam aku. nasib baik wan cepat sedar kalau tak tajuk akhbar "cucu tidur lasak mengakibatkan kebakaran rumah atok dan neneknya". atok, rindu atok :(

3. masih pasal atok. ohya wan di atas adalah wan tiri aku. atok aku kahwen dengan wan setelah nenek kandung aku meninggal dunia. dan wan yang telahpun mempunyai anak dengan suami pertamanya *juga meninggal*. ok, Adda tu pula cucu kandung wan. faham tak? ok tak payah faham. keluarga aku ramai dan errr anak sedara aku pun ramai sampai aku dah tak kenal yang ni anak siapa, yang tu anak siapa.

4. masih pasal atok. eh nombor 3 macam tak cerita pasal atok pun kan. ok, bila balik sekolah, aku akan singgah rumah atok sebab nak tunggu abah balik kerja. atok best selalu bagi duit beli jajan lepas tu atok masak sedap. memang balik sekolah, atok akan layan macam tuan puteri la. lepas zohor, selalunya atok akan tidur. dan aku?? aku tengok tv. dan sesekali aku akan jenguk atok sebab aku takot atok mati. serius aku takot. aku akan datang kat atok dan perhatikan dada atok sama ada berombak ke tak. bila dah nampak berombak, aku akan tersenyum dan ke depan semula tengok tv macam tu la sampai atok bangun. dan tak sangka sebenarnya atok tahu aktiviti stalking aku tu. lalu, dia menceritakan kat ibu dan abah. uishhh malunya. ok sebenarnya nak cakap, atok adalah lelaki pertama yang aku stalk. hahahaha tak kelaka.

5. masa umur 5 tahun kot ibu belikan aku basikal. masa ni duduk kat kuarters jabatan perhutanan mentakab. tapi aku tak reti bawa basikal. kena pakai roda tiga tu. tapi arwah abang aku sangat suka bereksperimen. dan mangsa eksperimennya adalah aku. dia pun cabutkan roda tiga tu. dia kata nak ajar aku. dia akan pegang basikal dan takkan lepaskan basikal. tapi dia tipu. dia dah tolak laju-laju dan aku dah kayuh laju-laju lepas tu dia lepaskan. hasilnya,dengan basikal dengan aku sekali ke dalam longkang dengan kepala terhantuk ke simen. ouchhh menangis gila aku. kemek kepala aku. abang aku? menyorok sampai senja sebab takut kena balun dengan abah. ohhh memori :)

6. satu lagi kejadian aku didera oleh arwah abang aku. dia ikat aku kat pokok jambu lepas tu dia taruk kerengga kat aku. hasilnya, satu kuarters dengar suara aku meraung. apalah dosa aku didera sebegini rupa.

7. ibu cerita aku dan abang pernah terbalikkan tv. hahaha yang ni kelaka. pecah berderai tv. 

8. yang ni pun epic juga. ibu buat air untuk abah. aku ngada-ngada nak tolong hantarkan kat abah. air teh panas. belum sempat sampai ke tangan abah, air panas tu tumpah atas riba abah dan terkena tutttt abah. lepas tu kan ibu kata aku boleh siap tanya abah "sakit tak abah? sakit tak?" hahahah. tapi abah tidaklah melempang aku sebab abah kata aku terlalu comel dan cute untuk dilempang ok yang ni aku tipu.

9. aku pernah cukur kening aku gonggot sebelah. sebelum beckham buat, aku dah buat dulu masa darjah 2. sekarang bagitau, siapa tiru siapa??? hasilnya pergi sekolah pakai celak.

masa raya?
mestilah banyak kan. masa kecik round satu kampung dengan sepupu-sepupu yang ramai tu untuk collect duit je. bukan nak makan sangat pun. yang aku heran, manalah tenaga aku dapatkan, dengan panas terik segala. cuba sekarang? memang tak la aku nak berjalan kaki tetengah panas.
sampaikan rumah cina india pun kami pergi bagi salam punyalah eksaited kumpul duit.
tapi time tu takde pula dengar kes budak kena culik or rogol kan.
mak ayah nak lepaskan anak pun, relaks je. ada tu ada lah kot cuma tak lah seteruk sekarang.
sekarang pergi mana-mana pun dah tak selamat.
bukan setakat budak, orang tua dah menopos pun penjahat sebat.
takde hati perut langsung.
so kepada mak-mak ayah ayah tu, pantau anak-anak tu tau.
i iz so worry dengan kes-kes yang berleluasa tu.

aku harap raya tahun ni dapat raya dengan aman damai.
dan bersederhana.

kbye.

3 comments:

diana aziz said...

Lawak la entri ni.. nostalgia sungguh! teringat zaman kecik2 dlu..

EkaTikah said...

zaman kecik2 la banyak cerita dan kenangan indahkan..hihi

are_lin@yu said...

ayu singgah folo sini ;-)