Aug 23, 2012

Kerana tragedi raya ke-4 :(

pada mulanya aku taknak post entri ni.
sebab aku taknak orang kata bukan-bukan pada aku.
tapi sebab aku rasa aku nak share pengalaman aku :)
dan malas nak jawab setiap pertanyaan dari rakan seopis bila aku MC minggu depan.

aku sekarang melalui masa-masa yang sukar dalam hidup aku.
mujur ada keluarga yang sangat memahami dan mengambil berat.

semuanya bermula bila aku nak buat susu untuk Mieya.
sebelah kanan pegang botol susu yang ada air panas dan sebelah lagi pegang bekas gula untuk buat kopi.
kejadiannya di pagi hari raya ke empat.
air panas dalam botol susu tu tertuang ke muka aku ketika aku mendongak untuk menyimpan bekas gula lalu telah terkena keseluruhan muka sebelah kanan.
so faham-faham sajalah kalau air panas yang baru siap dijerang terkena kulit kita, macamana jadinya.

aku mengerti ini semua dugaan.
walau pada mulanya aku menangis tak henti bila fikir apa akan terjadi pada muka aku nanti.
dan hari ini setelah satu hari terkena, aku dah dapat rasa sengsara itu.
ngeri untuk diceritakan.
bukan minta simpati.
cuma ingin berkongsi pengalaman.
aku fikir aku kuat.
mampu buat semua. tapi tak.

aku sekarang berulang ke klinik untuk mencuci kesan lecur itu.
korang doakan aku cepat sembuh eh.
huhuhu.
takpe.
aku kuat.
aku ok.
cuma tak boleh kena panas.
macam mendidih muka kalau kena panas.
satu lagi malu nak jumpa orang.
rasa macam semua pandang pelik.
tapi adik-adik kata, muka aku dah tak melecur sangat :)
aku harap mereka tak ambil hati aku saja.

doktor kata, parut akan hilang kalau aku guna krim yang disyorkan.
aku pun harap begitu :)

oklah. aku undur diri dulu.
eh apasal la aku sopan benor bila sakit ni?
muahahaha.
doakan aku ok ye semua. sayang korang ketat-ketat :p

3 comments:

Sue Bee said...

banyakkan bersabar dan tempek krim lecur tuh tebal-tabal supaya cepat sembuh..salam raya

cha said...

kesiannya u. ikut ckp doc semoga parut hilang ye

Suara Kalbu said...

Sorry to hear that Reena.

Jangan risau. Teknolgi perubatan sekarang dah canggih. Kawan akak kena air panas dekat kaki,melecur 60% dan buat rawatan di Ampang Puteri. Sekarang kalau tengok kaki dia, memang tak percaya bahawa kaki tu pernah melecur dulu.

Yang penting, tabah dan usaha ubatkan kesan lecur tu. Jangan asyik fikirkan sangat, rasa down dan sebagainya. Minyak gamat mungkin alternatif terbaik di samping ubat klinik yang lain.

Akak doakan awak cepat sembuh ya