Jun 18, 2012

Kerana sejuk mata aku memandang wajahmu

sabtu aku balik karak tu sebenarnya tahap kemalasan aku nak menapak adalah sangat tinggi.
masa nak tunggu bas ke bentong, aku duduk sebelah sorang adik ni.
stail aku, aku suka dengar lagu.
pakai earphone dan malas nak pikir menda lain.


then adik tu cuit aku.
oh, nak tanya aku balik mana.
terasa hell je nak jawab balik bentong.
bapak punya dekat.
kan best kalau aku jawab nak balik kelantan ke ganu ke, jauh lah sikit.
tak thrill la. kenapalah aku duduk dekat sangat dengan KL eh?
ewah. duduk jauh meroyan pula rindu family.
dah dapat tempat kerja dekat dengan kampung, bersyukur lah, reena.
aku tampar kang, sesia membesar.


bila aku bangun untuk meluruskan urat saraf aku tengok je adik tu.
bertudung labuh, baju kurung, berstoking kaki dan tangan.
hmmm, sejuk mata aku memandang.
nak dibandingkan dengan aku, hmmm, memang jauh panggang dari api.
bukan setakat jauh, nak rasa bahang api tu pun tak rasa mana pun.


tetiba adik tu..............




nampak?
tak nampak?
tak lama dah tu, dua kali jumaat je tu.
ok ok.
ni aku ambil zoom in.




terasa nak tarik earphone aku. dan bakar. kahkahkah.
sejuk mata memandang kan?
ni lah first time aku jumpa budak macam ni.
sambil tunggu bas, baca Quran.
mungkin korang dah biasa tengok.
tapi aku baru first time tau.
aku ni ha dok melayan perasaan dengar lagu.
terasa malu aku di sitewww.

okbye

2 comments:

eMMe said...

aa'ah... tak penah jumpe depan mata lagi Reena, alahai..sejuk perut omak nya mengandung kan..kalo saya de sebelah adik tu, saya lentok kepala kat bahu adik tu, suh dia baca kuat2 supaya baby2 saya dgr... n jadi anak yg soleh solehah suatu hari nnt..cam adik tu juga.. moga adik tu sentiasa dilindungi Allah swt....

Reena Kamarudin said...

heheheh. siap nak lentok kepala lagi ye. dia pun asyik senyum je kat saya. terasa sejuk je hati ni tengok muka dia. kalau saya ada adik dah bekerja, meh nak jodohkan dia. huhuhuhuhu