Jun 4, 2012

Kerana lamunan terhenti oleh Hujan


atas ni vid dari hujan untuk lagu "lamunan terhenti" yang mereka buat semula *tak tau apa istilah*
untuk rancangan Versus di TV9.
bagi yang tak tau, Versus adalah rancangan yang melibatkan band seperti Hujan, 6ixth Sense, Black & Parallax (Black punya geng), Go Gerila (Aizat punya geng) dan Sofazr.
every week mereka akan di beri task, menyusun semula lagu yang pernah dinyanyikan oleh artis asal ke susunan muzik yang lain daripada yang lain.
bak kata judge tetap dia, Loque, kena buat dengan kejam supaya lagu tu tak meniru yang asal.
dan Jumaat lepas adalah final.
pemenangnya adalah Hujan. yayyyy. tetiba padahal sebelum ni aku tak minat langsung Hujan.
tapi bila tengok Versus terus aku macam, oh ok Hujan not bad lah.
saya mesti pilih!


dan aku macam dah tersuka sangat bila Noh Hujan bawa lagu Lamunan Terhenti ni.
as you know lagu ni versi asal dia agak mellow dan leleh sangat kan which is macam mengantuk sikit dengar.
tapi aku tetap suka versi asal sebab yeah you know fefeeling jumpa kekasih lama lagu ni berkumandang mata terpaku dan aku jalan slow motion macam dalam klip video. heh.


semua grup pun ok. cuma Sofazr tu macam tak cukup kejam.
kebanyakkan lagu yang mereka bawa, seakan sama dengan versi asal.
arrangement music dia tak banyak yang berubah cewah macam aku pulak komposer.
tapi ada juga yang best macam lagu NICO tu. siap rap lagi.


tapi betul lah.
cuba tengok 6ixth sense bawa lagu Fiona.
versi samba which is, sound good dan menarik.


Hujan bawa lagu Dan Bila Esok (nyanyian asal Sofazr), si Noh buat versi Irama Malaysia.
siap pakai tengkolok. sweet je.
Final siap jemput Dato' Siti berduet lagu tu.


dan disebabkan aku suka Hujan bawa lagu Lamunan Terhenti makanya
tema lagu waktu bekerja hari ini adalah lagu ni.
dari tadi dok ulang.
cool gila weh.


ada tak aku bagitau yang aku suka lelaki main gitar/band?
kbye.

6 comments:

cha said...

yeay hujan my fav too :D

Unknown said...

suke laki pndai main gitar ea? hehe, samalah.. :)

Suara Kalbu said...

Yeayyyyy...sama la kita. Suami akak main gitar dan ada band diaorang :-). Selalu akak ikut diorang pegi jamming tapi diorang main lagu-lagu lama jer. Tak der nak layan lagu-lagu zaman skrg hihihih

Reena Kamarudin said...

cha:

baru terminat. so boleh tak join raingers ni? hehe. *betul ke eja?*

Reena Kamarudin said...

ella n alia:

dari dulu lagi suka. konon nampak macho la kan. hehehe

Reena Kamarudin said...

Suara kalbu:

wah. syoknya akak. ada tak akak rasa macam terbuai-buai perasaan bila suami akak main lagu jiwang time jamming? hahaha. sweet la akak ni