May 27, 2012

Kerana siaran langsong dari gelanggang badminton, kampung teroh karak.

Saya bersiaran langsung dari gelanggang badminton rumah pak itam saya
di kampung teroh, karak.

Jaguh-jaguh kampung termasuk encik kamarudin sedang beraksi bergu.

Manakala saya duduk di tepi menaip entry ini sambil mendengar lagu.

Perasaan saya? Tiada perasaan melainkan bosan. Semua ada di sini
termasuk ibu. Maka nak tinggal di rumah, ada sedikit perasaan takot.
Maka, saya mengikot.

Ohya, bintang sangat banyak. Bulan pula separuh sabit, eh betol ke ada
bulan separoh sabit? Entah, tidaklah saya tahu.

Suasana rumah pak itam pula sangat scary. Di depan rumah makteh. Di
tepi rumah makcik. Oh suasana kampung sangat horror dan ala ala
kampung dalam filem momok. Saya tidak menipu. Saya berkata benar.
Malah, tak sampai 2km, ada kubur di sini. Tapi saya tak takot kerana,
ada abang kandung saya bersemadi di situ. Atok, nenek saya juga ada
disitu. Jadi,tiada sebab untuk saya takot eh berlagak pulak padahal
takot juga kalau sensorang. Huhuhu

Walaupun saya bosan, asyik termanggu dan terpinga-pinga eh kenapa aku
disini kenapa aku menjadi penunggu di tepi court ini, tapi saya
bahagia kerana semua family ada di sini.

Esok saya sudah mahu pulang ke putrajaya. Terasa sedih juga di hati.
Tapi saya juga rindu bilik disana.

Baiklah, itu saja laporan saya untuk hari ini.
I'm gonna miss this moment bila dah di putrajaya.

Sekian.

2 comments:

faizal mohd said...

stakat dok kat tepi court je watpe. jadi la tukang mop gelanggang macam dalam pertandingan badminton dlm tv tu. hehe

Reena Kamarudin said...

Hahaha. Mcmane ko tau ni? Tgs aku memang sapu pasir pun. Huhu