May 9, 2012

Kerana pernah tak kau mengalami perkara seperti aku alami ini wahai sahabat?

Pernah tak korang mengalami situasi macam aku ini?


1. dengar lagu di radio kadangkala jadi lagi best daripada dengar di MP3 player/handphone. marah bila orang lain alihkan channel radio yang sedang memutarkan lagu kegemaran walhal, lagu itu ada dalam senarai MP3 player/handphone T______T


2. terpaksa cabut earphone di telinga apabila terserempak dengan orang yang dikenali yang ingin berbual dengan aku. dan bila dia sudah berhenti bercakap, aku letak semula earphone di telinga dan oh man, dia start bercakap semula dengan aku. and again *muka malas* kena cabut semula that stupid earphone.


3. terpandang seseorang banyak kali dan dia juga terperasan yang aku memandang dia banyak kali. ohdem, nanti mesti dia ingat aku stalk dia.


4. bila kawan aku mengeluarkan sebungkus gula-gula/chewing gum. perasaan itu seperti warga felda mendapat RM15,000. whoaaaaaa. i repeat, whoaaaaaa.


5. zaman sekolah. bila cikgu minta buat nota, bila tak siap, mesti cikgu akan check. bila aku dah buat lawa-lawa siap ada awan-awan pada tajuk utama serta rerumput dikaki buku, masa itu, "ok kelas, jumpa esok". oh cikgu, Y U NO CHECK bila saya siap buat nota?


6. masih mengingati perkara lama yang dibuat dan memalukan diri sendiri. dan.... masih lagi terasa malu sehingga kini. hingga kini bermaksud, kini-tika menaip ini


7. tak faham tulisan sendiri. aku macam, eh apa ni, apa aku tulis ini maka pergi tanya kawan sebelah dengan harapan kawan sebelah boleh faham tulisan doktorku. heh.


8. bila menonton cerita omputih yang tiada adegan yang boleh buat aku tutup mata alololo yeke tutup mata. maksud aku cerita kekeluargaan, cerita persahabatan. tapi apabila abah atau ibu masuk ke ruang tamu secara mengejut, dangggggg hero dan heroin sedang kissing. oh apakah tv sabotaj aku. maka aku akan terasa oh apakah yang aku tengok ini apakah yang ibu atau abah fikirkan ini. tidakkkk aku adalah tidak segatal ini.


9. bila mahu log in yahoo ke gmail ke tonton.com ke and suddenly keluar amaran "incorrect user id or password". dan terus rasa nak jerit oh please, mana satu yang salah ni?? id user or password? boleh tak bagi satu jawapan je??


10. bila orang disebelah, didepan atau dibelakang menyanyi lagu favret then salah lirik. terasa macam nak bagitau, oh stop it kau jahanamkan lagu aku ecewah lagu aku katanya.

No comments: