May 29, 2012

Kerana nak berlagak kejap

aku ni bukanlah pekerja yang skema.
ada masa terlambat datang punch warna merah.
ada masa buka fb (sekarang dah tak buka sebab dah takde fb) bila kerja dah siap ataupun mata penat menatap pc buat surat.
ada masa menaip entri untuk blog sebab kengkadang sistem down like hell.
amboi ada aje alasannya ya.


aku tak tahu pandangan orang atasan pada aku.
mungkin prestasi kerja memuaskan.
atau mungkin tak.
bagaimanapun aku cuba siapkan kerja sehabis baik.


dan ya sekarang aku mengaku aku takde kerja. sobs sobs.
sebab kerja aku berkaitan dengan persaraan staff serta gaji kontrak.
makanya, bila time ada yang nak bersara saja aku akan busy.
dan setiap awal bulan pun aku akan busy sebab nak buat gaji kontrak.
oleh itu aku cuba mencari kerja seperti mengemaskini data-data penting dan sebagainya.


ya. aku bukan pekerja cemerlang yang duduk diam di work station 7.30-4.30
sebab aku suka merayau.
sebab terkadang aku bosan.
aku juga suka merapu dengan kak nora jiran sebelah.


tapi mungkin mereka melihat kerja aku. hasil kerja aku.
Alhamdulillah.




ehem ehem.
nak berlagak sat.
huhuhu.
bulan 10 ni genap 3 tahun aku di sini dan sebagai penjawat awam.
banyak juga aku dengar here and there rakyat mengata penjawat awam.
tapi pada aku, ianya individu punya mentaliti.
kalau kau rasa kau datang kerja setakat nak gaji, itu kau punya pasal.


walaupun.....walaupun aku hari-hari berniat nak tukar jabatan.
sebab aku ni cepat jemu.
sekarang pun dah rasa jemu dan bosan di ofis ni.
tapi sebab ada kengkawan yang best maka pendam dulu.


aku kalau nak tukar jabatan, aku nak balik pahang terus.
temerloh ke, bentong ke, raub ke.
supaya dekat dengan family.

4 comments:

Ni Sha said...

waa . tahniah kak :)

Reena Kamarudin said...

Thanx dik :)

Suara Kalbu said...

Waaaaaaaaaaaaaaahhhhh.... Tahniah tahniah tahniah tahniah

Akak like 1000 kali.Tahniah berkali-kali untuk Rina.Semoga terus kekal cemerlang di masa akan datang.

Kalau ada masa baca entry akak pasal "cemerlang" ni.


http://idamanja79.blogspot.com/2011/10/susah-senang-nak-jadi-orang-cemerlang.html

Reena Kamarudin said...

thanx akak ;)
ok reena bace sekarang. zasssssssss