May 23, 2012

Kerana alasan aku tak bermuka buku lagi

kawan-kawan Linda dan Kak Nora sibuk duk tanya why why aku delete fb.
eleh kecoh macam kiah propa. sukati aiii la nak delete ke nak apa ke. muahahaha. ewah kerek kau ye pompuan. aku garang la hari ni. huhuhu. eh tetapi sifat terpuji lagi wasatiah tetap ada. puii.

meh meh nak habaq mai kenapa aku delete fb. macam mengong kot nak kecoh kau delete fb??? hebat sangat la tu? hehehe. 

1. aku ni dah dikatakan ketagih fb. celik mata fb. memang dah jadi rimas sangat-sangat. aku ni yang rimas kan, padahal friendlist aku tu agaknya lagi rimas. so aku dah taknak share apa-apa dengan orang lain tentang life aku. paling loser, apa aku masak pun aku nak kongsi aku macam hey pompuan get a life la. ha gitu. kalau dalam blog takpe. ini kan life journal aiii. nak baca, silakan. taknak baca, silakan..silakan pangkah blog ini. kadang-kadang member opis akan tegur aku oh semalam pergi sini eh semalam masak itu eh. amboi dah macam artis dah kan. memang lah dia tak stalk wall aku tapi mesti dia terbaca kan? hahahaha.

2. kejadian tertengok terbaca kebahagiaan insan yang pernah bahagiakan aku. aku macam terkedu. pura-pura tak kisah tapi lepas tu ha amikkau, merembes airmata keluar. memang la aku boleh je tak tengok wall dia tapi kau faham tak makna tindakan mengada-ngada nak jugak buat nak jugak tengok? dah tengok meroyan. tanggung la sendiri akibatnya. oh sakit pulak hati kita niiiihhhh.

3. mengurangkan membuang masa. susah. susah nak kawal tangan ni dari terbuka fb time kerja. kadang-kadang sampai leka. eh blog pun aku buka kan? tapi blog takde lah aku mengadap je kerjanya. ada masa-masa bila aku teringat tingggg baru aku taip. tapi aku bukan taip, sekali taip habis satu entri. aku taip sikit-sikit. lepas tu tutup. lepas tu tulis eh taip lagi. begitulah kekdahnya. 

4. upload pic. lepas tu suka bila ada orang like. oh sangat hell. lepas tu mula timbul riak eh ada yang suka aku ambil pic macam ni. then orang like lagi puji cute ke comel ke terus lupa ingatan. padahal. ya Allah. aku tersedar, aku bukan budak sekolah lagi nak merasa semua pujian tu. nasib aku tak buat duck face kalau tak pengsan semua orang.

5. bila lelaki yang cuma kenal gitu gitu mula.. hmm  macamana nak cakap eh. mula buat ayat. terus aku rasa hmmm i really dont want to be like this. aku bukan remaja lagi. eh hello umur aku dah 27 tahun ok cuma yelah mungkin aku ni babyface kahkahkahkahmenyampah. ada sekali dua juga kawan kepada adik aku inbox aku nak berkenalan ayat geli geli ketiak tu semua. aku terus balas "ye dik nak apa tak sekolah ke hari ni" kahkahkah. tau terkedu.

6. abanglong kita, Mark Zuckerberg kawen tak ajak aku. sobss. sampai hati.

mesti korang kata la, kecoh nak delete. tahan je la nafsu tu.
ye kengkawan aku adalah manusia yang susah nak tahan nafsu.
eh jangan fikir nafsu lain. maksud aku nafsu ber-fb.
aku manusia yang degil.
bila orang kata jangan buat, aku lagi buat.
orang kata jangan pegang, aku lagi pegang.
aku bukan manusia yang ikot sangat rules. huhuhu.
dan aku tak dapat nak tahan apa aku nak buat.


itu je la sebabnya kot.
tapi. ha ada tapinya ye.
aku ada buat fanpage. kahkahkah.
bukan apa, aku tengok kebanyakkan blogger semua ada fanpage.
so aku nak la merasa.
aku dah buat dah.
cuma aku tak reti nak guna. ke sama je macam fb biasa?
eh entahlah.


begitu.
oh fanpage takpe ye reena?
tak, macam ni.
aku bukan nak buang terus life aku dari fb.
tapi fb aku tu macam dah banyak sangat mendanya.
aku jadi rimas.
jadi semak kepala otak.

nanti aku paksa korang like fb aku eh.
like tau. aku paksa ni.
itupun kalau aku rasa tak poyo la kan.
kalau aku rasa poyo, aku diamkan jelah.

sekian

2 comments:

faizal mohd said...

aku pon terfikir nak buat fanpage. tapi segan la plak. haha

Reena Kamarudin said...

hahah. aku dah buat. lalala. aku tak kesah pun sape nak like ke taknak like ke.