Apr 18, 2012

Kerana coretan untuk si single, si patah hati, si suami isteri

Salam.


duduk seopis dengan kakak-kakak ni betol-betol menguji iman aku tau.
mana taknya, ada je benda yang dibawa untuk dijual.
dengan katalog lagi.
dengan kain pasang lah.
tudung. kerongsang. my god. tapi jenis aku, nasib baik boleh tahan nafsu.
adalah juga terjebak. tapi menda yang dipakai kan, so taklah rugi sangat.
kalau kerongsang aku suka beli untuk ibu. nama aku nak pakai kerongsang besar gabak?
idaklah teman. tapi tudung memang aku akan beli. 
kalau berkumpul reramai, satgi bos lalu memang kena perlilah
"kenapa ni? ada orang mati ke?" *sambil buat muka dan menjeling*
perghhh. bernanah telinga kalau kena sedas.


semalam aku pergi pasar malam.
tercapai juga apa yang aku mimpi-mimpikan dua tiga minggu ni.
beg balik kampung. hehehe. ekceli taklah beg balik kampung sangat.
boleh je bawa berjalan. tapi sebab dia luar biasa besarnya, maka jadi beg balik kampung jelah.
yang penting warna pink. harga murah je. aku suka beli beg kat pasar malam. ini fakta.
yang mahal tu kena pikir banyak kali. tapi bila teringin, aku beli jugak.
cuma taklah tiap-tiap bulan. kengkadang aku beli yang mahal untuk reward diri aku setelah penat kerja.
kadang-kadang bila aku tensen, dan duit pulak ada, maka aku beli lah.
tapi serius la aku nak bagitau, beg kat pasar malam semalam yang abang tu jual, semua cantik.
harga semua sama. jadi sesak nafas aku. tapi mengenangkan ehem ehem duit tak mengizinkan.
gaji nanti InsyaAllah, aku serbu. kahkahkahkah.


malam tadi tidur awal oh.
ngantuk sangat. dah tu terjaga pukul 12 malam.
ingatkan dah pukul 5.30 pagi. aku rasa macam dah lama sangat aku tidur.
tapi baru je pukul 12? 
then bangun, lapar. hahah *gelak tak ikhlas*
boleh tak, pikir nak buat air milo ke tak sambil bersila atas tilam.
sambil pikir nak buat ke tak ni nak buat ke tak ni.
almaklumlah, kena ke dapur jerang air panas.
makanya, mak ni penakut sikit.
last-last minum air masak je yang memang dah ada dalam bilik. kehkehkeh.
ni penakot ke pemalas ni?


aku terjumpa satu coretan yang aku rasa sangat menarik untuk di share dengan korang.
silalah baca. aku paksa.



Kepada yang masih single.
Cinta ibarat kupu-kupu. 
Makin kau kejar, makin ia menghindar. 
Tapi, bila kaubiarkan ia terbang, ia akan 
menghampirimu di saat kau tak menduga. 
Cinta mampu membahagiakanmu 
tapi sering pula ia menyakiti, 
Tapi cinta itu hanya istimewa 
apabila kau berikan cinta
kepada seseorang yang layak menerima.

Kepada yang ragu-ragu dengan pernikahan.
Cinta bukannya mencari seseorang yang 
"SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang 
yang mampu menjadikan dirimu sempurna.


Kepada yang patah hati.
Sakit. luka. hancur. patah hati.
bertahan selama kau menginginkannya 
dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. 
Persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu, 
tetapi adalah apa yang boleh diambil dan di hayati
sebagai pengajaran dan hikmahnya.


Kepada yang masih bertahan.
MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI...
Hal menyedihkan dalam hidup ialah 
bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. 
Kemudian akhirnya menyedari bahawa 
dia bukanlah jodohmu dan kau telah
mensia-siakan masa bertahun-tahun 
untuk seseorang yang tidak layak. 
Kalau sekarang dia sudah tidak layak, 
10 tahun dari sekarang pun dia tetap tak akan layak. 
Biarkan dia pergi dan lupakan..


Kepada yang sudah berumahtangga.
Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun



credit to : http://fadzlyanapermatahati.blogspot.com/



sekian

2 comments:

Unknown said...

hoho, pompuan bila jumpa barang2 cntik, mesti nak je kan.. hehe
menarik lah kata2 tu.. nak ambik yang atas tu.. kongsi kat blog.. nanti ella kreditkan juga..

Reena Kamarudin said...

hehehe. ambil je ;)