Mar 16, 2012

Kerana romantiknya dia ini.

Salam.
mood aku ni memang cepat berubah.
yelah, macamkan kau kesah kan :( ok ngada buat muka sedih.
ada masa aku update status girang kat fb sukanya bila dia ceria.
ada masa status sedih pulak.
ada masa status mengalahkan ustaz azhar idrus.
ada masa mengalahkan romeo and juliet.
and yes semalam dan hari ini mood adalah jiwanghaktui.

sampai adik aku, Faeez kata aku ni asyik tulis pasal cinta.
dia kata OMG my sister is getting wild. kahhhhh.
asal aku jiwang je, wild la tu.
perasaan je yang wild. hehehehe.

entahlah. aku tak nafikan aku ni romantik wah stetmen berani mati.
please dont be hesitate kalau nak lempang aku. silakan.
aku suka baca love quotes. aku suka jot down apa yang aku dengar apa yang aku baca.
aku ada buku untuk quotes ni aje. bukan setakat pasal cinta-cinta ni. kehidupan, kata-kata semangat pun aku suka take it as a note. it's so fun. believe me.
kalau bosan-bosan aku akan gugel segala jenis mutiara kata, segala jenis quotes.
kadang-kadang kan aku akan rasa down. so bila baca at least, dapatlah naikkan semangat.
walauponnnnn time tu je la yang naiknya semangat ni.

yela. aku ni jiwang.
aku suka express feeling aku. kalau aku rindu, aku cakap aku rindu.
kalau aku sayang, aku akan cakap aku sayang.
kalau time aku rajin, aku akan tulis surat cinta dan baca depan dia.
percaya tak? sila lah percaya. aku sangat gigih.
tapi dulu lah. sekarang nak tulis surat cinta ke siapa kan.
sweet tak aku? sweet tak??? *sambil jegilkan bijik mata*

lain orang lain gayanya.
ada kawan aku tu, memang tak romantik pun.
tunang dia pun tak romantik. jalan jugak aku tengok.
dah dia tak romantik kan. so ngam lah dengan jiwa dia.
cer kalau aku dapat suami tak romantik?
mau menangis menjeruk rasa di tepi sinki sambil lap guna hujung baju kurung.
romantik ni bukan lah dengan perbuatan je weh.
sebelum kawen nak beromentik ni memang haram la kan.
tapi boleh jadi dengan kata-kata, lepas tu bagi coklat ke time awek merajuk *sampai berlemak-lemak la kau kan*

bila awek merajuk, pujuk la dengan cara yang romantik.
gerenti dia cair.
like, hantar mesej taip "saya". then send.
taip "minta". then  send.
taip "maaf". then send.
taip "i". then send.
taip "love". then send.
last taip "u". so sweet kan? tak ke senyum awek kau tu? 

we love simple thing macam tu.
no need to buy emas ke berlian ke kalau kau kaya raya silalah beli tu lagi afdal.
ok j.k, j.k

ok lah. 
merapu pasal romantik pulak kan.
dah kata blog merapu. haruslah merapu.
bye sayangs.

sekian