Mar 12, 2012

Kerana orang yang suka membawa cerita. eh, sakit pulak hati kita ni!

Salam.
kemengantukan aku telah beransur hilang setelah menjamah nasi dengan ikan keli bercili.
itu saja menu aku hari ini. sebab aku dah dapat satu tabiat, suka makan nasi kering takde kuah dah.
so letak ikan keli then kicap. Alhamdulillah.
well, korang pernah tak jumpa or kenal manusia yang memang suka bawa cerita pasal orang lain?
selalu kau akan dapat tahu yang dia tu mengata kau, reka cerita pasal kau dan mengadu domba ecewah ke semua orang macamkan kau tu jahat sangat macam iblis? pernah? tak pernah? 
aku ada. *cey, boleh buat tajuk lagu "aku ada"*


aku tak tahu la apa yang ada dalam kepala otak orang macam ni.
sehari tak buat cerita pasal orang lain, kau tak kenyang eh? badan kau berkudis eh?
aku tak kisah la kalau dia nak mengata aku. tapi aku sangat kisah kalau ianya sampai ke telinga ibu dan abah.
sikit sebanyak, terluka juga kan hati orang tua?


yang paling kelakar, dah pandai buat onar dengan aku dan adik-adik,
boleh lagi dia tunjuk muka kat rumah makteh. duduk melepak dengan kitorang buat muka kesian.
but then, sebelum tidur, aku analisis *ayat macam professor kan* semula kenapa dia ni suka mengata orang.
bukan aku je kay yang kena. adik-adik aku pun kena sekali.
malah satu tempat tu dia pernah mengata.


1. aku rasa dia cemburu. dia ni janda. so life tak menentu. so dia jeles kami yang bahagia ni. dari dia tengok kami bahagia, baik dia porak peranda kan ikatan kekeluargaan kami. ini terbukti dengan mesej yang dia hantar kepada adik aku, syera. syera ni ajak lah dia bersemuka sebab nak tanya apa yang dia tak puas hati sangat. but then dia kata dia tak buat cerita tu then bla bla bla. whateva.


2. dia rasa kami ni ancaman dia. betol ke? kami ni diva ke, anak raja ke, anak perdana menteri bosnia ke sampai dia rasa nak terancam?


3. dia nak jadi macam kami. i mean, berkawan, ada keluarga bahagia yang lengkap etc semua tu.


dia boleh menumpang kasih sayang keluarga kami.
kalau dia bersikap baik. sebab abah dan ibu bukan manusia pendendam.
malah aku hargai dia yang selalu temankan makteh yang masih lagi kurang sehat.
sekurang-kurangnya taklah aku risau.


tapi dia tak pandai nak hargai apa yang kami dah bagi.
dia umpama duri dalam daging.
apa yang berlaku dalam family aku, kalau dia ter-tahu,
mesti esok lusa semua orang pun tahu.


ikotkan aku, memang aku tampar je muka dia.
tapi mengenangkan petang tu makteh ada.
dah buat ibu terluka,satu hal.
buat abah termenung, satu hal.


abah kata, takpe. sabar je.
anggap je dia tak betul.


hmm itulah abah.
asyik sabar je la yang dia tau.
anak-anak mana reti sabar.
heheheheheh.


sekian.

1 comment:

ketikketok said...

Hidup lebih ceria dengan Perap Cenderawaseh..rahsia hilang segala sakit dan tingkat ketrampilan daripada alam semulajadi nano mikrofungus dan tumbuhan