Mar 19, 2012

Kerana bila aku jauh, aku mohon DIA melindungi keluargaku

Salam.
korang sehat? harap-harap sehat la ye.
ecewah. macam tulis surat kan.
dalam fb aku asyik tulis status jiwang je kan.
bukan apa. saja je nak propa. padahal takde apa pun.
sampai ada yang kata aku in love. in love celah mana la kan.
takde maknanya.
dah memang aku romantik euwwww geli geli geli.
sekarang aku asyik ingat dekat ibu dan abah je.
adalah sebabnya. personal sangat-sangat.
aku cuma mohon segalanya baik-baik saja.
aku mohon supaya ibu dan abah sentiasa dalam lindungan-NYA
aku mohon segalanya berakhir dengan satu kebahagiaan.
aku mohon, aku mohon Ya Allah.


aku berharap sangat di saat yang macam ni, aku berada di karak.
aku berharap sangat aku mampu buat segala-galanya.
aku berharap sangat aku boleh perbetulkan semuanya.
tapi kelakar la pulak kan.
aku ni bukannya ada kuasa. aku manusia biasa.
aku cuma boleh berdoa. berserah.
percaya yang ALLAH ada untuk aku dan semua.


betol lah kan.
manusia yang seringkali ketawa, banyak cakap,
di cop geng jahat oleh bos sendiri, ceria itu sebenarnya menyimpan 1000 cerita.
ecewah. banyak lah kau punya 1000 cerita.
korang pun mesti ada yang macam aku kan?
rasa yang korang boleh buat semuanya, boleh perbetulkan semuanya
boleh tenangkan semuanya. padahal sebenarnya korang tu cuma insan biasa.
macamkan korang ada super power.
hmmmm.
rasa macam takde korang dalam family, family korang akan goyah.
macam aku la kan sekarang ni. hmmmm


aku kata kat ibu.
serahkan segalanya pada Allah.
jangan banyak fikir.
tapi akhirnya aku yang menangis.
cepat betol tacing kan aku ni.


eh.
semalam kan aku goreng tempe.
lepas tu kan, tangan aku kena kuali.
terus ada gelembung macam melecur tu tau.
eleh, itupun nak ngadu kan.
ok, itu saja.


bye sayangs.


sekian