Mar 22, 2012

Kerana aku dah ketagih drama cina ni.

Salam.
phewwww.
what a day today.
semalam aku EL. heheheheheheh.
sebabnya adalah "sakit perot".


kfine. aku nak bagitau ni.
aku sekarang tengah menggilai drama bersiri cina bertajuk The Mysteries of Love.
kisah dia mengenai kepolisan. tapi terselit unsur cinta dan kekeluargaan. 
drama ni pukul 7 malam di 8tv. cuba lah tengok. syok wooo.


kisahnya mengenai seorang wanita bernama  Sai Lei Mui yang menjadi polis dibahagian Unit Jenayah Berat.
selain dari menyelesaikan kes-kes jenayah, dia juga menyelesaikan kes cintanya. hikhikhik gelak malu.
ok la Sai Lei Mui ni bercinta dengan Kingsley King, anak orang kaya golongan atasan yang maknya macam mak-mak datin drama melayu yang tak suka anak jantannya bercinta dengan gadis golongan sederhana. Kingsley ni merupakan professor muda yang juga menolong polis di unit jenayah berat menyelesaikan kes.
so bercinta lah mereka yang mana watak Kingsley ni sangat lah control macho macam nak toleh kiri kanan pun aku rasa leher dia sangat berat oh apakah?


tetapi kan. sob sob sob.
hari selasa hari itu, Kingsley membuat keputusan untuk putuskan hubungan merea berdua. sebab mak dia punya angkara la. mak yang durjana. tak boleh ke kau terima je bakal bini anak kau tu? kenapa darjat jadi ukuran. kenapa???? 
serius, masa Sai Lei Mui menangis sebab sedih, aku pun menangis weh. tengok ombak rindu pun aku tak menangis. like serius, aku menangis. seolah-olah Sai Lei Mui tu aku damn gila perasan. kahkahkah.
dapat aku rasakan kesedihan Sai Lei Mui tu.
setiap tangisan dia. setiap luahan hati dia. macam menusuk di kalbu ecewah menyampah.


kenapa aku suka drama/filem cina?
sebenarnya dari dulu aku suka.
sebab aku suka bahasa dia. senang diingat. eh ni aku cakap pasal bahasa cina hongkong tau.
bahasa yang senang tu yang selalu kita dengar kaum cina cakap. bahasa kantonis.
aku juga suka suasana hong kong. and yes, aku menyimpan niat nak ke hong kong. sila kumpul duit.
serius cantik suasana hongkong tu pada aku.
satu lagi drama cina ni dia ringan.
kalau yang jahat tu, tak lah dia tunjuk jahat beria. 
dan ikatan kekeluargaan yang ditunjukkan buatkan aku rasa wahhhh holengaaaa bestnya.
dan kalau lelaki tu bila bercinta *dalam lakonan* tak lah romantik sangat macam drama melayu tu.
romantik tetap ada cuma tak keterlaluan. matiklah puji cina je kerjanya.




Kingsley dan Sai Lei Mui.

watak-watak utama yang paling aku suka hujung belah kanan alolololo
sangat cute dan nakal. dia bos Sai Lei Mui, Tuan Lo.

ni lah scene dimana airmataku jatuh berderai. kahkahkahkah


eh.
ada lagi scene yang buat aku menangis.
scene dalam bilik air dimana Sai Lei Mui menangis dan ayah dia pujuk dia.
perghhhh. terasa berderai airmata di pipi sambil ku memeluk bantal dan berkata "kejamnya cinta".
kahkahkah.


hari ni mungkin terpaksa miss drama ni.
esok pun sama. 
aduhai. terasa sedih pulak. hehehe.


ok. wo ai ni sayangs.


sekian

2 comments:

ucantgetoutofmyway said...

reena...aku pn nangis..siap berjurai2 lagi..gler sedey tang tu..aku phm perasaan sai lei mui..cewaaahhhhhhh..
aini IT

Misz-ella said...

KC aritu tertgk sekali. mmg best!!