Feb 21, 2012

Kerana cinta euwww euwww

Salam.
gila malas aku lately. buat semua menda pun malas.
apekehalnya entah. i need a booster!!! a booster please.
haih.
serba tak kena.
dua malam mesej dengan choi dua malam jugak la dia kata aku dah lain.
dia kata aku bukan aku. macam tak ceria. ha yelah. memang tak ceria pun. 
dah tu kalau bukan aku, siapa? momok eh? hantu aku? ok tak kelaka nanti malam mulalah meroyan takot.

hari tu kan aku jumpa dia. ala dia. 
dia kata aku dah kurus sikit weh. serius. aku macam ek eleh kamu ni, shut up la.
dia kata betol. saja letew nak ambil hati aku.
dah lama kot tak jumpa ofkos la kan dia nampak lain.
nasib dia kata aku kurus sikit. kalau dia kata aku makin gemok, oh sangat sentap hati ini.

ohya. semalam hmmm macamana nak klasifikasikan lelaki ini ya.
ok dulu aku pernah rapat mesra dengan A ni.
nak kata kapel tu kapel la kot. tapi macam puppy love je.
masa UIA.
then yes. aku kan bajet hot semua orang pun nak kat aku. bajet seh. bajet. padahallllll.
so aku tinggalkan dia sebab apa entah. ecewah.
then semalam dia datang jumpa aku nak bagi kad kawen dia.
aku? aku macam biasa lah. selamba je. aku ada satu perangai: yang aku ni jenis selamba.
dah takde apa-apa tak payah la nak sentap segala kan.
lagipun cinta euuuuwww euwwww je.  bukan serius pun. mungkin masa tu nampaklah seriusnya.
tapi kalau serius mesti kami kekal kan. so maknanya tak serius.
masa tu aku tau nak enjoy je dan taknak terikat sangat.
tapi sebab yelah cinta tu hadir euwww euwww kan. so kita terima padahal sangat lah tak matang.
apa yang boleh di expect dengan gadis belasan tahun 19-20 macam aku time tu.

satu penghargaan dia sanggup datang jumpa aku untuk bagi kad.
sekali dengan bakal isteri dia.
Alhamdulillah. dia jumpa jugak dengan wanita yang selayaknya di hati dia.

ni kali kedua oh ex aku bagi kad kawen.
kali pertama namanya Faizal duduk karak je.
dia siap datang rumah aku bagi kad. 
aku macam eh eh nak kawen dah kau ye. 
hehehe. serius takde la jeles ke apa ke.

dah jodoh aku dan mereka takde kan.
lagipun cinta euwww euwww je. puppy love. cinta ngengade. orang nak, kau pun nak.
gitulah kekdahnya.

begitulah ya.
zaman muda dulu macamkan sekarang dah tua kan.
fikir nak enjoy je dengan kengkawan.
kenapa entah.
sekarang ni bila dah over 25 below 27 ni, rasa nak duduk rumah je.
spend time dengan family.
yelah.
masa merubah orang kan.
termasuk lah aku.

sekian