Jan 27, 2012

Kerana aku sedar, ikhlas dan sabar itu perlu sangat-sangat

Salam.
hai. salam jumaat semua. baru nak taip entri baru ya. yelah, time rehat kan. karang aku update time kerja kata apa pulak kan. sebenarnya, bila aku update time kerja tu bukan bermakna aku tak buat kerja. tapi kengkadang, bila kerja dah setel, tak tau nak buat apa kan. nanti aku merayau, puas pulak bos cari ^___^

lately, topik hangat orang kerja kerajaan adalah SBPA. ala, yang tukar skim naik gaji semua tu.
ok, aku ada satu perangai.
aku tak suka memikir sangat sesuatu tu dengan mendalam.
pada aku, kalau ada, ada lah.
kalau takde, duduk diam-diam.
tidaklah sampai aku nak ambil tau, kecoh tanya orang itu ini.
ye, aku tak suka perkara remeh temeh. aku lebih suka tunggu dan lihat. aku bukan penggerak. 
aku adalah penunggu. eh, penunggu? ah, lantak lah.

SBPA ni la yang buat aku dua hari penat ya amat tu. jumaat balik dalam pukul 8.30 malam.
sabtu datang lagi untuk siapkan dari pukul 9.00 pagi sampai 6.00 petang.
semata-mata nak siapkan borang SBPA. nak bagi staff SPP sain.

macam-macam versi la aku dengar.
kata nak bayar 16 hb hari tu gaji baru.
then tak jadi.
then dengarnya nak bayar kenaikan gaji tu 31hb ni.
then tadi dengarnya tak jadi.
ok, dah tu bilanya?
dengarnya, tangguh sepenuhnya kan.
kakak-kakak ofis kecoh pasal ni.
aku boleh buat tak tahu.
then bila mereka dah habis cakap,aku tanya "pasal apa"
kahkahkah. aku suka lambat.
aku selalu yang paling lambat tau.
kalau kat rumah dengan adik-adik aku.
kalau aku cerita "korang tau tak.bla bla bla"
adik-adik mesti jawab "eleh, dah lama tau. lambat betol kakngah ni"
kalau ada lagu baru mesti aku cakap "cuba dengar lagu ni. best"
lepas tu adik-adik aku buat muka annoying "puhliss la kakngah, we ol dah tau k. lagu ni dah basi"
dah aku duduk ceruk rantau putrajaya lah! memang lah tak tau.
fine T____T

ok, back to the topic.
aku baru berangan nak beli henfon baru.
cis. tapi takpelah. aku kan dah positif.
serius. aku senang je. aku malas nak meroyan.
aku fikir, semua nya pasti ada hikmah kan.
so, bersabarlah.

ok, cakap pasal sabar dan ikhlas.
hari ini aku sedar, kengkadang walau kita cuba nak bersabar dan ikhlas dalam kerja,
mesti terselit juga ketidaksabaran tu kan?
macam tadi dalam pukul 9-11 aku jaga kaunter. turn aku.
kebetulan, Din yang jaga kaunter tu tak datang.
so aku sorang je la tadi.
telefon ada 3.
satu berbunyi, semua nak bunyi sekali.
dari pukul 9 aku duduk je, panggilan tak henti-henti masuk.
mula-mula aku ceria lagi jawab panggilan tu.
bila dah pukul 10.30 aku rasa penat.
dan jawab pun macam tak ikhlas.
adalah 3-4 panggilan yang aku jawab sambil lewa.
then aku tersedar.
aku ni bawa nama jabatan.
kalau dah tukang jawab telefon pun dah macam tu, 
apa pandangan si pemanggil tu pada staff  yang lain.

mesti korang pelik kan kenapa aku jaga kaunter?
heheh. sebenarnya, kami takde staff yang jaga kaunter. dah berhenti (sebab dia kontrak)
so, bos aku letak nama berjadual.
sebulan, seorang kena dalam 3-4 kali.
sekali jaga 2 jam.
macam tu la kiranya




Meraih keikhlasan tentu tidak mudah, tapi kita harus berlatih, sebab tanpa ikhlas kita tidak akan memperolehi pahala ibadah dan ketenangan jiwa.

2 comments:

Qaseh Suhaida said...

buat keje kena selalu ikhlas baru rezeki senang masuk

Reena Kamarudin said...

qaseh suhaida:
yes u're right :)