Jan 25, 2012

Kerana 17 perkara tentang zaman sekolah aku

Hai.
this entry more to mengimbau kenangan zaman sekolah. apa, kau ingat anugerah juara lagu je boleh imbau-imbau ni. entri ini ditujukan khas kepada kawan-kawan baik aku, kawan-kawan setakat say hi bye, kawan-kawan pura-pura baik bila peluk buat muka dibelakang. macamlah mereka baca blog kau kan, reena.

1. loceng bunyi 7.40 pagi (aku dah tak berapa ingat). time tu kena kejar masa sebab pengawas bajet hebat suka tulis nama. so, aku akan jalan selaju mungkin. tepat-tepat 7.40 kalau kaki kanan berada dalam pagar pun dah kira selamat dari ditulis nama. bila loceng berbunyi sebelum sempat kau masuk dalam pagar, kau akan nampak tangan ketar pengawas untuk catit nama kau. 

2. kena berdiri tegak bila ada lagu sekolah dan Negaraku berkumandang. selalunya lepas bunyi loceng. disertai dengan doa selepas itu. kalau time tu kau tengah catwalk di tengah abang-abang bajet hott, maka kau kena stop sebab kalau kau terus berjalan, maka kau akan didenda. so, bila berdiri ditengah abang-abang bajet hot, kau akan rasa semua mata pandang kau padahal mereka tak pandang pun. maka otomatik tangan kau akan bela-bela tudung walau tudung dah terletak cantek.

3. time rehat, jarang sangat pergi kantin. banyak beli di koperasi. beli sosej, beli bebola ustazah mastura (emak fathiyah) jual.

4. pernah datang lewat. kena kutip sampah dendanya. eleh, kutip sampah je? ya. kutip sampah je. tapi tahap malunya macam muka kau takde hidung tau.

5. usha adik junior. hey atiqah liyana. kau jangan nak menidakkan yang dulu kau suka siapa ke namanya budak tak matang tu. alamak, lupa pulak. kemain lagi kau suka usha muka dia kan. 

6. balik sekolah, tunggu bas dengan fauziana. sebelum sampai ke bustop, mesti beli keropok or air cincau. aku selalu minum tak habis lepas tu aku buang. lepas tu fauziana marah aku membazir. hehehe. tapi form 4-5 dah jarang naik bas sebab abah dah tukar ofis ke bentong. so, balik dengan abah je la.

7. lepak rumah balqis dengan fauziana. masa kat rumah balqis ni la aku start makan cili kering goreng. makan macam tu je dengan nasi. best oooo. balqis ada maid. nama apa entah. maid dia bisu kot. aku dah lupa. oh, nampak sangat aku dah tua.

8. ada geng. nama geng aku NAWFUD'ART stand for nama-nama kami 9 orang. siap buat baju lagi. yang heran dalam 9 orang tu, ada lagi geng kecik. alahai.

9. paling tak suka add math, math dan akaun. see. aku dan nombor memang musuh. aku, tqah dan izyan kot pernah nak drop prinsip akaun. tapi cikgu norizan pujuk punya pujuk, maka tak jadi. gila meroyan aku dengan prinsip akaun ni. tapi fauziana terer kemain akaun. 

10. teman izyan bertugas. izyan pengawas. tapi dia pengawas tak bajet hot dan hebat. dia pengawas baik.

11. aku and the geng suka main tukar-tukar hadiah. buat cabutan siapa bagi kat siapa. sob sob sob. rindu kenangan itu.

12. tak hafal bahasa arab kena denda dengan ustaz shamsuri. selalu bisik-bisik kata ustaz pilih kasih. hahahaha. dendanya sama ada jalan itik atau berdiri atas bangku. nasib kurus sikit time sekolah. kalau takkkkk. 

13. cikgu saufi ajar add math. dia bagi soalan kat papan hitam, dia juga yang jawab. sebab.....masing-masing cerdik sangat. eh, ina terer add math. otak apa eh dia tu.

14. masa form berapa entah, rozidah@uteh gaduh dengan budak lelaki sampai nak baling-baling kerusi. lepas tu uteh nangis. lepas tu cikgu rajmi masuk campur. eh, banyak la pulak kenangan dengan budak lelaki. dulu menyampah betol dengan budak lelaki bajet hebat. sekarang? dah takde perasaan. lantak kau lah.

15. bila time PJ je malas bawa baju. alasan sinonim- PERIOD. form 4-5, PJ dah takde dalam jadual kot.

16. selalu tak siap kerja sains ckgu latiff bagi. mesti tiru member-member yang dah siap. pernah tak siap kerja sains, kena denda buat kerja dekat astaka sekolah (tapak perhimpunan) kejam cikgu latiff ni.

17. suka ajuk cakap cikgu. JELASSSS? hahaha. ayat cikgu mana eh?

itu je yang aku boleh ingat.
almaklumlah dah bertahun-tahun tinggalkan zaman sekolah. 
Ina, pejan,uteh dah kawen dah.
farah raihana akan kawen tahun ni.
yang aku selalu jumpa atiqah dan farah raihana je la.
itu jelah yang selalu ada banyak masanya. 
yang lain sibuk memanjang.
yelah, masing-masing dah ada life sendiri. ada kawan-kawan baru di alam pekerjaan kan.
this year, farah raihana akan kawen. sedih la pulak rasanya.
kehidupan dia lepas ni mesti utamakan suami dia kan.
mesti susah dah nak lepak.
kalau lepak pun mesti kena ada ayat "jap, tanya laki aku" hahaha.
yelah, berdosa seorang isteri keluar rumah tanpa pengetahuan suami.
tapi diwant (bakal suami farah) gerenti bagi punyalah.
lainlah kalau farah dah sarat mengandung. mesti diwant tak bagi.
amboi. see. aku dah kata. imajinasi aku ni tinggi. mereka tu kawen pon belum.
atiqah? hah, dia tu suka pergunakan aku and farah bila dia nak dating dengan a.k 
tapi best jugak. dapat tengok wayang free ;) tqah, tumpang lalu.

sekian

2 comments:

Cik Rai @SeriGala said...

oiii, imajinasi sungguh hang ni .. yeah! gerenti diwant bagi punya .. x sempat lagi nak bawak diwant pi jumpa ko huhuhu .. next time

selalu ka dpt tgok wyg free dgn tqah & ak? aku rasa baru 2x hahaha

Reena Kamarudin said...

so, jom jadikannya "selalu". heheheh