Sep 23, 2011

Kerana Alamanda je yang ada

Hai.
balik kerja petang semalam terus zassssss ke Alamanda. sebab nak cari barang. atenye, sikat aku hilang. giler pelupe je nak beli sikat. 5 hari tak sikat. bila balik Karak baru sikat. then, tak sikat semule. seingat aku dah dekat 2 minggu sikat aku hilang. eh ke lebih dari tu?

mula-mula aku nak pergi sorang. almaklumlah, aku kalau nak cari barang, lame hoi. mau berejam-jam aku keliling alamanda tu. padahal nak carinya sikit je. so, aku malas lah nak ajak member. menzalimi name nye tu. tetahhpi, name pon reena kan. mulut ni ringan je tanye kat akak opiz ni. nama dia liza

aku: akak, kite nak pegi alamanda balik kerja ni. akak nak ikot tak? kot-kot la akak nak beli baju baby ke. (she's pregnant)


akak: reena memang saje je kan. memang saje ajak akak. hehehehe

well. aku tau. kak Liza ni kaki shopping. so, dia pon ikot aku setelah mintak izin hasben dia. 7 bulan peknen tu. mule-mule cuak gak aku heret ibu mengandung ni. satgi teberanak dia kat Alamanda tu, mengagau aku telefon suami dia. kalau sempat suami dia datang. kalau depan aku juga dia nak beranak? mau pengsan aku tengok darah. omg. darah dan aku sangat lah tidak sesuai hokay.





tuuu dia ibu mengandung. kau tengok, masih mampu tersenyum.

cantik tak beg shopping saya? save our earth ok.


setelah setel cari barang, kami pon makan. aku belanja Kak Liza. yelah, dah dia ikot aku, mestilah aku kena belanje dia.

 

ni makanan aku. (perlu ke nak bagitau?)


beli kat sini je. kesian pulak aku nak ajak kak Liza ke tempat lain.


masa sedang makan tu, aku perhati je ada sorang pakcik tua tu. pakaian dia dah la selekeh. rambot selekeh. dia oder makanan. mule-mule aku ingat dia peminta sedekah. tapi kat alamanda ni seingat aku, mana ade peminta sedekah. sekali dia bayar dengan not 50. oh, saya malu disitu.

tapi aku jadi kesian pulak. nak tau nape. meh tengok.









ha tu lah sebabnya. sebab dia makan sensorang. so what reena? kau nak teman ke? bukan. aku ada satu perangai pelik. aku tak boleh tengok lelaki makan sensorang sebab aku rasa kesian sangat2. pompuan tu aku tak kesah. bile lelaki makan sensorang aku rase macam sebenarnya, diluar pon dia lonely. kalau ada lelaki yang agak-agak kena di mata aku, boleh tak aku cakap kat dia, awak perlu kan teman untuk makan? macam la dia selera bile kau teman dia, reena. macam abah. aku tak boleh tengok abah makan. rasa nak menitik air mata tengok abah makan. ye lah, aku tau kesusahan dia membesarkan aku. i love u, abah. tetibe.

pakcik ni macam seniman pon ada kan.

so, itu lah hari saya semalam. sampai rumah pukul 9.30 malam. pekena neskape then tak boleh tidor. bangun nak pergi kerja dah lewat sebab jam tak berbunyi. sangat choi di situ ya.

sekian

No comments: