Jun 7, 2011

Kerana aku pelupa (bukan sifat aku selalu pun)

Ya, dulu aku ada blog. banyak juga entri aku di blog tersebut. tapi sebab aku ni pelupa, aku telah lupa password aku. tapi sekarang, aku sudah tidak akan lupa lagi sebab password baru ni, aku dah tulis dalam nota kecil dan letak dalam purse aku.

sebenarnya, aku juga pernah lupa password yahoo aku, gmail aku dan friendster aku. ya, aku memang spesis lupa password. dulu aku pernah juga pura-pura lupa siapa pakwe aku supaya aku boleh bebas, tapi tak menjadi. (tapi sekarang memang dah betol-betol lupa la kan. hahaha. ok tak kelaka) sekarang aku akan cuba untuk tidak jadi pelupa. sebab aku muda lagi :-)

sekarang di opiz, aku memang rase tak seronok. nak tunggu pukul 5 petang tu macam nak tunggu jerawat pecah je rasenye. sungguh bosan di opiz aku ni. entah bila lah aku akan ada kekuatan untuk mintak tukar. aku kalau boleh, nak mintak balik Pahang terus. senang dekat dengan ibu yang sekarang selalu kurang sehat. dan senang aku pantau adik-adik nakal manja aku tu. paling tak tahan bila abah call suruh balik. huwaaaa. rasa time tu jugak nak berambus dari sini. tapi aku sekarang dah kuat. i mean, mentally aku dah kuat. kalau dulu, of coz aku akan menangis. tapi sekarang tak lagi. thanx to Mr.R (my ex) yang telah ajar aku erti sebuah kehidupan. cewah. skema betol aku sekarang ni. huhuhuhu.

betol lah kan "TUHAN HADIRKAN KITA DENGAN ORANG YANG SALAH, SUPAYA NANTI KITA TAHU SIAPA YANG BETOL UNTUK KITA DAN SUPAYA KITA BELAJAR DARI KESILAPAN". and yes, i'm so thankful for that.

sekian.

No comments: