Jun 30, 2011

Kerana tak sampai hati

Tadi adik bongsu aku mesej.

"kakngah, balik lah. adik demam"

oh, sungguh meruntun jiwa. walaupon umur dia dah 16 tahun, lelaki pulak tu, tapi still dia adik manja aku yang nakal. nakal wey. kadang-kadang sakit jiwa aku dengan dia ni. tapi kat rumah dia lah penghibur. dia lah pelawak. dia lah tukang suruh. walaupon dia merungut marah, dia still buat apa yang aku suruh. dan dia pandai meniru sikap orang.

"kakngah ada hal. makan ubat k. miss u" itu je yang mampu aku balas. untuk menyedapkan hati, aku call ibu. ibu cakap, jangan risau. demam adik dah ok sikit. Alhamdulillah. aku bukan apa, aku taknak lah berjalan tapi hati dok la risau dekat family. (tapi memang takkan pernah luput kerisauan aku ni).

budak masam.
ok. aku harap dia cepat sembuh. sayang adik.

Sekian

No comments: