Jun 17, 2011

Kerana aku kakak

kerana aku seorang kakak, maka tahap kerisauan aku terhadap family aku melebihi tahap kerisauan aku terhadap keselamatan diri aku sendiri. kerana aku seorang kakak kepada 3 orang adik, maka aku cukup risau, cukup bimbang kot-kot something bad happened to them. dulu aku juga adik kepada seorang abang yang tegas tapi kelakar. tapi Allah pinjam kan abang aku sekejap je kat dunia ni. pada umur dia 27 tahun (05.09.2009) Allah ambil nyawa dia. maka, jadi lah aku seorang kakak dan seorang abang.


sungguh, setiap hari, takde hari yang aku tak memikir pasal ibu, pasal abah, pasal adik-adik. aku jauh. hanya henfon penghubung kami. lebih-lebih lagi, ibu yang asyik tak sehat sekarang. Doktor kata, ibu ada masalah jantung. tak boleh susah hati. jadi, aku sedaya upaya untuk buat ibu hepi walau pon aku tau, bila aku balik kampung pon ibu dah hepi. kalau aku tengah huahuahua dengan memember kat sini, aku tak pernah lupa family di kampung. kadang-kadang tengok wayang dengan member, aku bukan konsentret pon kat skrin tu. fikiran melayang jauh kat kampung.


kalau dalam pukul 11 malam ke atas time aku dah tidor, ibu call, mesti aku risau giler. fikiran ni asyik pikir negatif je. huhuhuhu. padahal ibu tanye nak tidor dah ke dan sekadar mengucap selamat malam. so, untuk mengurangkan kerisauan aku ni, aku lah yang akan call ibu dulu. soklan pertama aku, ibu buat pe? abah buat pe? adik-adik mane? itu je lah. kalau suara ibu ceria, aku akan tidor dalam keadaan hepi. kalau suara ibu macam tak sehat je, aku takkan tidor. terseksanya duduk jauh macam ni. huhuhu


kerana aku seorang kakak, aku taknak orang luar menyakiti keluarga aku. kerana kami tak pernah ambil tau hal orang luar. dan kerana aku seorang kakak, hati aku cepat terluka bila melihat hati ibu disakiti. abah pula seorang yang penyabar. dia selalu menasihatkan aku dan adik-adik supaya bersabar. tapi anak-anak dia bukan main lagi. try la ko sakitkan hati kami, memang nahas la kan. huhuhuhu


kerana aku seorang kakak, maka aku kerja untuk mereka. bagi kesenangan pada mereka. sebab tu, aku tak mampu lagi untuk terima lelaki dalam hidup aku. kerana lelaki itu pasti akan merungut sekiranya aku mendahulukan family aku dari dia. yelah, ko bukan suami aku lagi dah nak kongkong aku ke? memang kim salam lah kan. hahahaha. kerana aku seorang kakak, aku nak lepaskan dua orang adik perempuan aku dulu. biar aku yakin ada lelaki yang boleh jaga mereka, baru aku akan fikir tentang aku.



hero aku. abah nyawa ku, penguat hidup ku, pemberi semangatku



kerana aku seorang kakak, aku mau ibu, abah, dan adik-adik aku bahagia, walaupon aku tak bahagia. Demi Tuhan, aku sanggup korbankan segalanya even nyawa aku sendiri demi melihat mereka bahagia.



permaisuri ku. ibu penenang hatiku. tempat ku menangis (selalunya bila putus cinta)


ya, kerana aku seorang kakak, maka jika ada hal yang berkaitan family, ibu dan abah pasti akan tanya pendapat aku sekali. dan kerana aku kakak, aku boleh memerintah adik-adikku sesuka hati. ok, yang ni best. hahahaha. kerana aku kakak, maka hari ni aku terpaksa balik karak sebab ibu cakap ada hal mustahak untuk disetelkan. cewah, macam aku ni polis je kan.

Sekian

No comments: