Feb 24, 2012

Kerana 7 pengajaran dalam kehidupan

Salam.
selamat pagi jumaat semua :)
sekarang aku jaga kaunter.
biasalah kalau dengan Din, banyak gelak je la.
then bos lalu. dia tegur happy je.
eh mestilah hepy bos. semalam gaji. kahkahkah. 

well. pagi-pagi aku bukak facebook, ada status dari rakan blogger aku Saudara Azlan 
yang mengatakan ibunya yang tercinta telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi.
takziah dariku dikejauhan. dan semoga roh ibu kamu dicucuri rahmat. Alfatihah.

ok.
dalam kehidupan ni, memang akan ada banyak pengajaran betol tak?
dari pemerhatian dengan mata kasar mata hati, kita boleh belajar sesuatu.
dalam meniti usia atas 25 bawah 27 ni kehkehkehkeh takmau mengaku umur berapa.
*tak boleh terima kenyataan aku dah tua :(*

1. hidup tak selalunya indah. betol kan? hari ini memang kita akan rasa happy dan indah serta berbunga-bunga. esok lusa mungkin pahit rasa loser, kecewa dan rasa putus asa. tapi percayalah, yang indah itu tetap ada dalam hati kita sampai bila-bila.

2. menyayangi seseorang itu seadanya kerana kita mungkin akan membencinya suatu hari nanti. memang pahit bila hati berubah menjadi benci. sakit.

3. dan jika kita membenci seseorang, cuba ingat semula yang dia pernah bagi kita suatu kenangan yang indah. betol kan? dia pernah membahagiakan kita dan pernah buat kita rasa dihargai. gerenti perasaan benci itu akan beransur hilang. serius, perasaan benci itu memenatkan. dan buat wajah kita tak berseri :)

4. kesusahan yang Allah bagi adalah untuk kita muhasabah diri. jangan merungut.

5. kadang-kadang kita perlukan masa kualiti bersendirian. 

6. selalunya orang yang sering berkata buruk pasal kita adalah kerana dia cemburu dengan kehidupan kita. mungkin dia rasakan kehidupan kita, diri kita adalah jauh lagi baik dari dia. so, senyum lah. katalah Alhamdulillah bila dengar seseorang mengatakan yang buruk pasal kita.

7. orang yang mengejek kekurangan orang lain adalah kerana sebenarnya dia nak menutup kekurangan diri dia sendiri.

ok. cukup 7 dulu.
nanti aku fikir semula apa pengajaran kehidupan yang aku belajar sepanjang
26 tahun bernafas dimuka bumi ini yang menjadi motivasi untukku dikala aku down.

sekian.

No comments:

Post a Comment