Dec 26, 2025

Bye 2025

 Penghujung tahun 2025.

Banyak sangat perkara yang berlaku sepanjang 2025.

Antaranya, aku dah tukar jabatan. Biasalah, pusingan kerja after 10 tahun aku berkhidmat di jabatan lama.

Sedih?

Semestinya. Aku terlalu suka kerja itu. Aku suka berhadapan dengan public. Aku suka kena marah hahaha. Aku suka adrenaline rush yang aku dapat bila public kata "saya nak jumpa Puan Reena". Aku suka suasana kerja itu. Aku suka kawan-kawan sana, aku suka bos aku, terlalu baik dan sentiasa memahami.

Now hampir 2 bulan di sini, di tempat baru. Aku sunyi. Aku tiada kawan sejawatan. Aku ada bilik sendiri. Most of the times, memang aku duduk dalam bilik, buat kerja aku. Ada masa rakan seopis yang lain akan masuk bilik jumpa aku jika ada hal berkaitan kerja kerana aku sorang je admin. Hahaha.

Tapi, di sebalik kesunyian aku ni, tersimpan 1000 hikmah yang aku tak dapat rungkaikan. Aku jadi lebih pendiam dan boleh bertenang tenang tanpa rushing. 10 tahun aku bekerja di jabatan yang setiap saat sibuk, tapi kini, aku boleh buat kerja dengan tenang dan tidak perlu menahan diri dari ke toilet. LOL

Sesibuk itukah kerja lama? IYAAAA. Hanya Allah saja yang tahu sibuknya bagaimana. Tapi tidaklah sampai makan minum pun tak sempat. Tapi kalau dah setiap detik telefon berbunyi, public datang ke kaunter, mana maunya semua orang boleh bertenang.

Aku doakan kawan-kawan yang masih di sana Allah permudahkan untuk dorang. Dorang kuat.


Mac 2016.

Kali pertama jejakkan kaki di jabatan lama (aku namakan Jabatan P). Ini pun culture shock jugak ni. Sebelum di Jabatan P, aku bertugas di Putrajaya 7 tahun. Sebab apa aku culture shock? Sebab di Putrajaya, aku bekerja dengan staff yang ramai. Tiba masuk Jabatan P, hanya ada 6 orang. Hehehe. 

Dan yang paling aku geli hati, bila kakak Jabatan P kata "kantin ada kat bawah"

I was like kantin?? heheh sebab kita kan selalu rujuk kantin masa kat sekolah je. Bila dah kerja, panggil kafe. Hahaha. But i liked it lah panggilan kantin tu. Sampai sekarang aku panggil kantin ya hahaha.

Dan tibalah masa mengetahui sesungguhnya Jabatan P ini rupanya sangat sibuk ya. Di Putrajaya aku duduk Sumber Manusia, buat kursus,jadi urusetia kursus etc. Sekali rupanya di Jabatan P, lari sungguh ya kerja aku ni.

Dahlah seumur aku hidup (sehingga 2016) aku tak pernah tau wujudnya Jabatan P ni. Lepas tu baru aku teringat ohhh ibu pernah bicara tanah atok dulu ni, abah pun pernah. Jadi inilah bendanya eh. Hahaha.

See betapa tak ambil tahunya aku dengan benda ni semua.

1-3 bulan pertama, aku kerap menangis sebab aku rasa aku macam tak boleh bawa kerja ni. Aku menangis dalam bilik fail (tempat di mana aku gelarkan rumah tumpangan) sebab bilik fail tu lah tempat aku berehat, solat, tempat aku menangis, tempat aku melepaskan lelah aku. Ahhh rindunya bilik fail aku tu.

Orang kata move on. Yes aku dah move on. Aku pun dah adapt dengan suasana baru. Rakan sekerja baru semua baik-baik. Since aku sorang je admin memang akulah tempat rujukan dorang walaupun aku pun masih baru lagi. Dulu 7 tahun duduk sumber manusia, taulah serba sedikit kan sebab walaupun dulu banyak keluar buat kursus jadi urusetia. 

Sebenarnya banyak sangat kenangan 10 tahun di Jabatan P. Bermacam ragam orang aku jumpa.

Antaranya, yang paling aku tak boleh lupa, ada pakcik tu marah gila dengan aku sehinggakan dia doakan kehancuran aku. Huhu. 

Kena marah, kena perli, kena menganjing, kena tengking itu makanan kami di Jabatan P.

Kalau dapat pujian tu, rasa macam duit jatuh dari langit. Hahaha. 

Apapun, 2025 akan labuhkan tirainya. 2026 akan menjelma dengan 1001 cerita pula.

Tak lupa juga, di Jabatan P inilah, asbab aku bertukar ke Temerloh inilah aku jumpa Jas. Berkahwin dan dapat seketul Areesha Iman yang banyak sangat akal dan kerenahnya sekarang.

Untuk kawan-kawan di Jabatan P, aku doakan korang sentiasa dipermudahkan urusan. Terima kasih sudi jadi kawan aku selama ini. Kita gelak ketawa, menangis, menahan segala duka dan lara, merempuh onak duri, terima kasih selalu menghiburkan hati ini.

Memasing memang kelakar wei. Setiap sorang ada kerenah dan lawak memasing. Kalau ingat, aku gelak sensorang. Dari anak buah bawalah ke bos, semua kelakar weii kat Jabatan P tu. Bila buat kerja, tak rasa penat sebab sentiasa penuh gelak tawa.

Dah puji ni nak uwettttt hahahaha.





Mar 10, 2025

Hidup dulu. Hidup sekarang.

Sekarang dalam hidup aku, banyak watak baru.
Banyak juga cerita yang tercipta. Hidup aku berubah 360 darjah since aku pindah balik Pahang.

Mengimbau kenangan hidup merantau ke tempat orang, aku rasa, aku dah cukup kumpul segala kenangan pahit manis yang aku boleh kata, terlalu banyak sampai tak terhitung.

Aku pernah masuk bilik pengecaman penjenayah (tentunya di balai polis) sebab nak kena cam lelaki jahat yang buat kawan aku. 

Pernah juga kami (aku dan 2 orang lagi kawan) upah gangster untuk pergi gertak lelaki jahat di atas. Tempatnya di Damansara Damai. Tempat yang sama Arwah Zayn Rayyan tinggal. Setiap kali cerita pasal adik Zayn keluar di medsoc, aku mesti teringat peristiwa tak cukup akal tersebut. Betapa beraninya kami ni, memang bodoh eh? hahahaha. Tapi upah gangster, gangster penakut. Dah sampai depan rumah lelaki tu, tinggal nak ketuk je, tapi diorang kata "tak baiklah kacau rumah orang" Hahahahahahahah. Aku rasa kill kill die die je time tu.

But now, aku dah kawen, dah jadi orang, ada suami dan anak. Cara hidup, dah berubah. Tidak lagi fikir nak enjoy saja. Usia pun semakin senja. Bukan lagi Reena yang muda, yang boleh berjimba dengan kengkawan hingga lewat pagi, melepak di Jambatan Putrajaya sampai kena halau dengan polis.

Bukan lagi Reena yang setiap hari mengukur jalan Putrajaya-Bangi-Kajang-Petaling Jaya-Kuala Lumpur. Kini hanya ukur jalan Desa Murni ke tempat kerja. Hahahaha.

Bukan lagi Reena yang waktu lunch hour nya pergi karaoke di Alamanda. Hahahaha. Pantang waktu lunch ya, aku dan bff aku (at that time) akan ke Alamanda karaoke ya. Tak mudah kan? Hahahahhahaha.

Sekarang aku Reena yang mendedikasikan hidup nya untuk keluarga dan kerja yang tak pernah habis.

Balik rumah, melayan anak yang semakin banyak kerenah.
Ya.Dulu akulah Reena yang tak pernah terfikir akan ada anak sendiri.

Dan kini,

Reena ini dah banyak berubah.
Semoga menjadi lebih baik dan baik.

Jan 13, 2025

Jerit

Entah setan mana masuk badan hari ni.
Bukan main malas, tapi kena push.
Moody---gloomy.
Macam ada awan hitam atas kepala.
.
Rasa nak jerit.
Sekuat hati.
.
Arghhh kemana perginya segala perasaan ini?