Mar 5, 2014

Kerana hidup ini tak seindah impian cewah


header baru untuk kesekian kali.
saja je sebab rasa bosan dengan header lama.
asyik tayang muka sendiri nanti tak eksklusif (aku google ok how to spell eksklusif but still aku rasa macam apsal ganjil sangat bunyinya)

aku suka quote di atas.
dan aku setuju yang arif.

sebab aku mengalaminya untuk segala perkara tak kira kecil besar.
dan ia membuat aku lagi jadi dewasa.
cewah.
why so serious perempuan?

biasalah.
kehidupan.
seperti cuaca (contoh klise)
kau rasa panas sampai ke petang rupanya hujan juga.
setakat hujan takpe. ini sekali dengan ribut taufan katrina.
so ini sama dengan hidup.

kita rasa wahhh hidup membahagiakan.
suka. happy. ceria dengan segala perkara di sekeliling.
sekali bammm.
guruh petir. dan kau pun terduduk.
tapi apapun yang mendatang ingat, Allah kan ada :)

aku tak tau lah kenapa kan.
tapi aku selalu dengar masalah orang HAHAHA well tak, opkos aku tak kisah.
sebab sepertimana aku nak orang dengar masalah aku, seperti itulah aku rasa aku harus give attention dengan masalah orang lain.
tapi kalau yang meluahkan keluh kesah itu adalah orang asing, i mean, someone yang out of nowhere aku tak kenal, how to react bebeh?
ekspresi muka aku akan jadi sangat bodoh dan senyuman aku akan jadi sangat awkward.
oh man.

contoh 1.

hari tu aku sendirian berjalan di Times Square.
ye uols.
aku memang suka sesuatu yang tak dirancang.
dan aku memang suka jalan sensorang (4 years kebelakangan ni lah, if you know what i mean)
so singgah lah aku di sebuah booth yang ditengah-tengah.
konon nak tengok bag senang letak payung.
tengah pilih-pilih aku terlalu sebelah salesgirl tu tengah berborak dengan kawan dia.
salesgirl tu Indonesia yang dong.
tengah tunjuk-tunjuk polisterin yang berisi nasi, sayur kangkung dan ayam masak kicap.
aku terpandang ok. terpandang bukan sengaja pandang.
sekali kau, dia terus datang kat aku

"kak, cuba kau lihat ini. ini saja RM9 kak. nasi sama ayam sama sayur udah RM9. mahal kan kak"

ok dia nak aku jawab apa ni?
tapi memang mahal pun.
aku terkulat-kulat tengok dalam bekas polisterin tu.

"mahal gila. beli mana?" 

aku buat muka terkejut sekali pakej mata bulatkan ala-ala si penjahat dalam drama sinetron.

"itu kak, disana kak. di foodcourt atas sana"

sambil tunjuk atas.
aku tak nampak pun mana foodcourtnya tapi aku pura-pura nampak dan angguk.

"mahal kak sini. hari itu saya beli RM11. tapi mau gimana lagi sih. situ aja ada jual nasi sama lauk.tapi ini mahal sangat. saya pun bukan punya banyak uang gaji sikit. matilah itu orang".

ok dia memang cakap indon ok. aku tak pandailah pulak nak taip sini tapi aku faham la sesikit berkat kawan dengan Baim Wong sama itu Ahmad Dhani. LOL.

"ohyeke? mahal ni dik. kalau tempat akak ni RM5 je tau"

"iya kak?"

"ya iya lah dik"

hahaha. tetiba aku nak sangat guna ayat ya iyalah. sebab selalu cakap dengan adik aku syera dulu-dulu.
haish.
masalah makanan mahal aku kena dengar.
tapi takpe.
aku suka.

contoh 2.

tadi. dalam lif.
aku selalu guna toilet tingkat satu.
walhal opis aku tingkat tiga.
saja suka jalan jauh.
dalam lif ada seorang abang yang memang selalu terserempaklah sebab sama bangunan kan.
dia senyum so aku balas la senyuman tu.

"haish, nak kena pergi kursus pulak. pening kepala ni"

sambil pandang aku. tapi aku tak nampak pula arah mata dia kemana sebab dia pakai spek hitam.
kau mampu dalam bangunan pakai spek hitam?

so aku assume dia bercakap dengan aku la kan.
takkan cakap dengan dinding lif.
tapi kalau dia bermonolog sendirian, padanlah muka aku kan.
tapi kalau nak bermonolog pun dalam hati jelah. tak payah nak kuat sangat.

"kursus mana?"

"kat PD. haish memacam. lepas ni Cameron pulak. haih. kursus PD tu kursus bla bla bla. yang Cameron tu bla bla bla"

dia tak sempat habis pun dah sampai tingkat 1.
aku pun keluar. dia teruskan ke tingkat -1
bye abang pakai spek hitam hahaha.
mengeluh dia kan.
maybe dia takde masalah pergi kursus sebab dari style dia berpakaian memang kemas.
memang nampak dia bersemangat.
kalau aku, aku suka sangat kursus keluar.

being urusetia kursus, mengikut pengalaman, kursus diluar adalah tidak memenatkan.
segalanya disediakan pihak hotel.
air mineral, pen, kertas, projektor, makanan etc.
aku cuma pastikan semua tu ada.
15 minit sebelum waktu lunch make sure dah ready.
memastikan peserta selesa dan hadir program.
so it was fun.
bila peserta dalam dewan buat aktiviti aku merayau lah usha sekeliling.

tapi maybe dia penat.
itu yang dia mengeluh.

contoh 3.

ini paling rare.
pernah aku ceritakan dalam blog ni.
nanti aku godek.
dalam bas balik karak.
aku duduk sebelah seorang kakak yang langsung aku tak kenal tapi tinggal di bentong pahang.
sepanjang perjalanan dia meluahkan masalah dia pada aku.
masalah dia adalah dia dimadukan.
my gosh.
hahaha.
tapi aku dengar jelah kan.
dalam masa yang sama aku ambil iktibar.
dan terfikir if one day suami aku menduakan aku, camne lah aku rasa eh.
mesti sakit tu tak tertanggung.
tapi aku rasa akak tu tabah sangat.
tapi part tak best, dia balas dendam apa suami dia buat.
dia pun acah-acah curang.
maknanya dia chatting dan dating.
the rest aku tak sanggup nak cerita sini.

tapi kenapa eh aku?
hahaha.
itu persoalannya.

itu belum masuk part kawan-kawan bercerita pasal kewangan, putus cinta, hampir bercerai, yang dah bercerai, suami terjebak dengan dadah, suami main kayu 10.
banyak.
tapi aku ambil pendekatan, orang bercerita so maknanya dia percayakan aku kot.
atau mungkin dia dah tak kisah kalau orang lain tau.

tapi bila orang datang dan bercerita i was like, wow, rupanya ada lagi yang mengalami saat teruk daripada aku.
buat aku hargai kehidupan? sudah tentu.

.

No comments: