warning: entri ni agak panjang.
Salam.
pagi tadi terjaga pukul 5 lebih. phewww hujan rupa-rupanya.
percayalah, bangun tidur untuk pergi kerja semasa hujan menyimbah bumi adalah
dugaan yang maha hebat untuk aku.
beratnya badan nak bangun dikala setiap titik hujan seperti menyuruh aku kembali tidur.
hujan di subuh hari memang menyamankan.
sejuk dan nyaman.
sedap memeluk bantal peluk. orang bujang katakan.
eh.
dan sekarang cuaca masih lagi mendung.
cuaca suram. dan ohya. hari ni hari jumaat kan.
tapi aku rasa macam hari ni hari khamis.
di benakku masih berfikir-fikir nak balik karak ke tak petang ni.
kepala otak aku macam tak berfungsi sangat pagi ni.
bila aku banyak berfikir dengan pelbagai perkara,
otomatik mulut aku akan jadi diam dan malas nak bercakap.
so sesiapa yang bertanya, berborak dengan aku hari ni, memang kesian lah.
sebab aku memang malas nak bercakap. boleh? huhuhuhuhu
ada ketika dalam hidup, aku rasa macam ada yang penting.
ada yang tak. apa yang berlaku, aku malas nak ambil tahu.
ada yang aku nak sangat ambil tahu tapi aku takut nak tahu.
ok berbelit-belit.
maksud aku ada satu tahap dalam hidup manusia (baca : aku)
rasa macam nak tutup henfon.
deactivate fb.
pergi kerja. balik kerja. berkurung dalam bilik.
sampai satu tahap aku rasa macam
"sudah cukup cukup sudah. cukup sampai disini saja"
eh tu lagu.
ada satu ketika aku terasa nak pentingkan diri sendiri.
pergi bercuti sensorang. menghirup udara nyaman tepi laut sensorang. wah bestnya.
tapi itu takkan berlaku. sebab aku ada family.
prinsip aku, apa yang aku nak buat, aku wajib fikir family dulu.
itu aku.
and yes.
bila aku update status jiwang di fb ada kata aku in love.
up lagu jiwang di fb kata aku angau.
up status kecewa ada kata aku putus cinta.
sebenarnya dalam hidup aku, dah jauh aku tinggalkan cinta.
fokus aku hanya pada family dan diri sendiri.
terkadang aku ni memerhatikan orang.
itu yang tercetus idea status di fb macam tu.
and yes.
ada masa aku fikir siapa aku waktu dulu.
siapa aku sekarang.
ada masa aku tak fikir langsung tentang diri aku.
takde masa langsung nak fikir cinta aku.
tapi ada masanya,
bila bersendirian,
of course rindu.
tak rindu? memang aku menipu.
tapi bukan hari-hari aku rindu.
aku betol-betol dah heal dari perpisahan ini.
malah kami dah jadi kawan (even bukan kawan baik. dan kami dah tak rapat)
seminggu tu mungkin sejam dua saja aku teringat dia.
mungkin bila terdengar lagu cinta kami dulu-dulu.
or mungkin teringat apa yang aku buat sekarang adalah sama dengan apa yang aku
buat bila dengan dia.
bukan senang nak padamkan terus memori itu.
even 20/30 tahun akan datang.
tak mungkin aku lupa. mungkin aku akan jadikan satu kenangan manis yang akan aku
pendam dalam hati sampai mati.
mengingati bekas kekasih bukan bermakna kita masih menyayangi dia.
tapi kerana aku ada ingatan yang kuat.
lagipun come on. baru setahun kot perpisahan kami.
dan yes. aku dah sembuh. tiada lagi aku meroyan ke apa ke.
kalau masa mula-mula dulu of course. tapi sekarang aku memang dah ok.
kadang-kadang adik-adik dan ibu tersebut pasal dia. aku buat relax je.
aku pernah mesej dia.
aku kata, tolong jangan ada apa-apa lagi hubungan dengan family aku.
tapi dia kata, macamana dia nak putuskan silaturrahim itu.
sebab pada dia dah macam tanggungjawab untuk dia jaga family aku.
tengok-tengokkan family aku.
dia kata, kalau aku dah tawar hati dengan dia itu aku punya pasal.
tapi dia tetap akan jaga family aku.
aku macam kfine. then aku mengamuk la jugak kan. tapi bila aku fikir balik,
apehal pulak aku nak marah-marah. dia memang hadir dalam hidup family aku sebelum dia
aku kenal. so kenapa lah aku bodoh sangat kan nak marah-marah.
lama-lama aku dah lali.
bila adik aku cerita abang roy itu, abang roy ini
aku buat tak tau je.
betol. cinta aku pada dia dah padam.
aku memang dah takde rasa cinta itu.
tapi aku patut hormat dia sebagai seorang abang.
ok ayat agak sedih disitu.
dulu buah hati.
sekarang abang angkat. watdehel kan
kahkahkahkah.
betol la.
Allah tu boleh palingkan sekejap je hati kita ni.
kalau dulu even one second aku tak boleh fikir kalau aku hidup tanpa dia.
sekarang?
betol kalau dulu cinta mungkin jadi benci.
kalau benci mungkin jadi cinta.
so berpada-pada dengan apa yang kita rasa.
bersederhanalah dengan perasaan kita.
see aku dapat pengajaran.
pertama, berpada dengan perasaan. kedua jangan terlalu mengagungkan cinta sesama manusia.
ianya takkan kekal, cinta pada Allah juga yang kekal abadi. ketiga, bila bercinta cubalah berdikari, jangan 100% bergantung pada kekaseh. ingat dia BUKAN SUAMI KITA LAGI.
so aku tak malu mengakui kesilapan aku.
aku belajar menjadi matang.
aku belajar erti kehidupan.
i should thank him so much.
untuk semua pelajaran dan pengajaran yang dia beri.
semasa bercinta.
dan selepas perpisahan ini.
aku juga patut berterima kasih sebab bagi aku kenangan indah
bila aku pergi ke tempat yang aku dan dia pernah pergi, aku boleh tersenyum sendiri.
bila aku mendengar lagu yang dia pernah nyanyikan pada aku
aku boleh menggelengkan kepala dan tersenyum mengingati suara sumbang dia
see.
lama-lama kenangan yang kita rasa pahit itu akan berjaya juga membuat kita
tersenyum bila kita redha dan positif.
ok aku dah panjang gila merapu.
bye sayangs.
sekian.
Mar 30, 2012
Mar 29, 2012
Kerana setiap lagu ada jalan ceritanya.
Salam.
siapa yang ada lagu kenangan?
or lagu yang mengingatkan kita pada seseorang.
atau lagu yang mengingatkan kita pada sesuatu kejadian.
siapa?
siapa yang pernah dengar lagu then terus berkata dalam hati
"eh, lagu aku dan dia lah"
"eh, dengar lagu ni ingat kali pertama ahmad ngorat aku"
"cis, malas aku nak dengar lagu ni. teringat kat Meon. bencik aku"
pernah? pernah? pernah?
betol lah kata pic kat atas tu.
ekceli, kengkadang bukan lagu tu yang sayu, bukan lagu tu yang sedap didengar.
terkadang sebab lagu tu mengingatkan kita pada seseorang.
pada kenangan kita bersamanya.
macam aku dan family.
kami tak boleh dengar lagu ala yang kristal nyanyi tu.
yang penyanyi asal dia paklong tu.
apa ke tajuknya.
lirik dia "selagi ada bulan mentari....
"oh kasih..."
tajuk dia SELAGI ADA ke? ok aku betol-betol lupa.
sebab lagu tu arwah abang aku nyanyi depan rumah seminggu sebelum dia pergi.
dia petik gitar dan menyanyi.
masa tu takde siapa pun tau dia akan pergi. ofkos la kan. hanya ALLAH je yang tau.
kalau kami tau, sah-sah ibu habis airmata menangis.
arwah memang suka menyanyi pun.
kalau tengah mandi tu, kau boleh terjaga dari tidur sebab dia menyanyi sangat kuat okay.
lagu kegemaran dia bila karoke "cinta kristal" that's why aku memang tak boleh dengar lagu tu
masa mula-mula dia pergi.
sekarang ni je aku boleh dengar. itupun lepas tengok filem hantu kak limah tu.
hmmm.
lagu sebenarnya perencah hidup.
ada yang suka dengar.
ada yang tak.
terpulang. jangan sampai lalai sudah.
apa lagu anda?
bye sayangs.
sekian
Mar 28, 2012
Kerana aku yang tak tahu sekarang dah tahu. kau pulak, tahu ke?
Salam.
malam tadi aku surf tenet dan aku jumpa beberapa fakta yang aku tak tau selama ini.
mungkin ada yang korang dah tau tapi aku tak tau. tskkk tskkk.
meh aku nak share apa yang aku tak tau selama ini tapi dah tau sejak baca fakta ini.
1.
percaya tak korang yang negara Belanda (Netherlands) dan Belgium hanya dipisahkan oleh kafe kecil ini saja? korang nampak tak tanda tambah tu (bukan salib). itulah line pemisah antara Belanda dan Belgium. wow. kagum aku. kafe ini terletak di bandar Baarle-Nassau di Belanda. sesiapa yang lepak sini boleh pergi Belgium sekelip mata. contohnya aku di Belanda.
"Reena, kau kat mana?"
"aku kat kafe di Baarle-Nassau"
then 2 minit member aku call aku lagi.
"kau kat mana ni Reena?"
"aku kat Belgium"
terus rasa diri hebat. ok, sudahlah Reena. Kelantan pun kau tak pernah pergi lagi.
2.

vah vah vah. sangat awesome statue ni. gambaran seorang ibu sedang menghayun anaknya untuk dicampak. kreatif kan? ianya terletak di Salt Lake City, Utah. tempat aku main guli dulu-dulu.
3.
selama ini aku ingat Iceland tu penuh dengan Ice manakala Greenland tu sangat lah menghijau. rupa-rupanya terbalik. can you spot the difference? Iceland yang menghijau. Greenland yang berais. hmmm confuse ni.
4.
cool kan pic ni? gambar ini di ambil oleh krew Columbia pada misi terakhir mereka. gambar ini merupakan gambar Eropah dan Afrika. separuh siang. separuh malam. korang nampak tak dot dot lampu tu? amazing kan? malam itu adalah untuk tempat seperti Belanda, Paris dan Barcelona. manakala siang pula adalah di Dublin, London, Lisbon dan Madrid. Laut Mediterranean masih lagi bergelap. Indahnya ciptaan Allah :)
5.
wah. siapa berani drive kat jambatan ni? kalau aku? errr agak seram disitu. tetiba takde dah jambatannya terus terjunam ke bawah ok imaginasi terlalu jauh maafkan aku.
Jambatan ini bernama The Millau Viaduct di selatan Peghancis (Perancis).
ok itu saja untuk pagi ini.
aku akan cuba cari lagi fakta-fakta menarik.
lagi baik kan dari up entry meroyan reject lelaki padahal semua itu tak perlu.
ok, aku mengaku aku attention seeker. nak memanja dengan korang je :(
ok bye sayangs.
sekian
Mar 27, 2012
Kerana entri ni entri euwww euwww. siapa nak keji aku, sila baca :)
ok. entri ni macam euwww euwww sikit. kindly leave this entry kalau korang taknak muntah euww euww kay.
macamana entah nak taip ni supaya dia faham.
*harap kau bacalah blog aku ni. aku tau kau baca sebab setiap kali kau baca, kau mesti ulas apa yang kau baca di inbox fb aku*
kepada yang berkenaan.
macam ni. aku bukan ego. bukan juga sombong. bukan juga memilih apatah lagi perasan cantik.
sebab aku sedar diri aku macamana.
and yes. aku hargai setiap lagu yang kau post di inbox fb aku.
aku hargai setiap apa yang kau ulas pasal status aku.
kalau aku post status sedih, kau akan komen di inbox fb kata "don't be sad"
dan ohmy sangat scary bila kau tau setiap status aku dan kau tau bila masa aku remove status tu.
kau boleh buat summary lagi pada setiap status aku sepanjang hari. ohmy gosh. ni boleh di panggil stalker ke apa ni?
bila kawan lelaki aku buat lawak bengong sikit dengan aku dalam setiap komen di status aku,
kau akan komen di inbox fb kata kawan aku tu bengong dan bla bla bla. percayalah, aku menyenangi setiap komen, setiap gurauan kengkawan aku. sebab mereka kawan aku. dan kau takde hak nak kata mereka bengong ke apa.
and serius kau tulis loghat ganu? serius? kenapa kena tambah G di setiap ayat seperti makan etc. kalau berborak aku boleh terima, tapi dalam setiap mesej inbox kau tambah G?
serius aku tak faham apa kau tulis di inbox berkenaan merancang, mem-plan,
mengatur langkah whatsoever. aku nak tanya, kau nak mengorat aku ke?
kau sedang mengayat aku ke?
kalau begitu, cara kau silap. aku tak faham bahasa kiasan.
aku jenis manusia yang straight to the point.
aku juga suka lelaki begitu. suka kata suka. tak suka kata tak suka.
and yes, aku juga manusia yang berterus terang.
lemme tell you something.
kalau kau nak cari pasangan hidup, aku bukan orangnya.
sebab aku belum bersedia untuk bercinta. aku belum bersedia untuk memasuki alam percintaan.*ok aku geli aku taip macam ni*
dan kalau ayat-ayat kau tu sekadar ayat, oh maafkan aku.
maknanya aku syok sendiri. dan aku patut heret muka aku atas jalan tar sebab malu.
betol, aku suka lelaki romantik. aku suka lelaki berusaha sesuatu untuk memenangi hati.
tapi bukan bermakna setiap detik lelaki itu harus post lagu jiwang di inbox aku.
aku suka lelaki yang spontan. bukan lelaki yang buat ayat tergantung yang buat aku tak faham.
aku percaya kau lelaki baik.
aku percaya aku bukan untuk kau.
maafkan aku.
maafkan aku atas tulisan ku ini.
aku bukan berlagak dengan menaip entri ni.
aku bukan nak buktikan yang aku ni hebat sangat.
tak. bukan itu maksud aku.
maafkan aku jika benar kau "ada hati" pada aku.
ini merupakan rejection dari aku.
jangan teruskan perasaan kau.
jangan jauhkan lagi rasa suka kau pada aku.
jangan.
kau berhak dapat yang lebih baik.
kau berhak dapat yang lebih cantik.
kau berhak dapat wanita seindah bidadari.
bukan aku.
eh.
aku rasa bersalah pulak taip entri ni.
tapi serius. perkara ni berlarutan dah.
dah 2 minggu kot dia ni hantar lagu.
buat ayat tergantung macam
"bagi saya......saya baru saja mengatur langkah....mengenal....merancang"
oh apakah? dia nak suruh aku isi tempat kosong tu ke?
mesti korang pikir aku kejam kan.
tak :(
aku cuma taknak dia menaruh harapan.
aku taknak nanti dia pergi lagi jauh dengan perasaan dia.
aku belum bersedia.
aku malas nak masuk dalam alam cinta cinta ni.
aku taknak terluka dan melukai.
aku dah tak reti nak bercinta.
mesti korang kata kenapa tak bagi peluang?
ok. jenis aku, kalau aku takde hati, takde perasaan, aku memang
tak boleh nak paksa nak bagi peluang ke apa ke.
mungkin dia ada peluang sebelum ini. tapi adalah beberapa
kata-kata dia buat aku rasa oh ok, ini sudah melampau.
ok sekarang. aku rasa loser.
loser sebab aku taip entri macam ni. kahkahkahkah.
macam tak percaya je.
aku publish je la eh.
aku tekan butang publish ni tau.
jangan marah tau.
sekian
Mar 23, 2012
Kerana chinta #3
aku tak rindu.
aku cuma merindui perhatian dan jagaanmu.
Kerana kakak tu hantu ke?
Salam.
jom lah berborak je hari ni. *bukan hari-hari kau memang berborak ke*
huhuhuhu.
atenye aku memang dah suka berborak.
tapi bila tiba aku berat mulut. hmmm. asyik menjawab yeke yeke yeke je la kerjanya.
heyyyyy. nak tau tak hari ni aku balik karak.
tak eksaited mana pun sebab entahlah.
lately, aku rasa macam entah.
baru aku sedar, karak tu tempat duka aku ecewah menyampah.
kat situ terletaknya memori aku yang susah nak lupa.
aku nak cerita ni.
2 minggu lepas dalam pukul 9 malam aku turun nak beli barang kat kedai.
sebelah rumah aku tu kan kosong takde orang.
then bila aku dah melepasi rumah tu, ada suara panggil aku "dik dik"
aku menoleh la kan. aku tengok ada kakak pakai tudung tengah pandang aku.
aku tanya lah "kenapa kak?"
dia kata "akak dah dekat setengah jam bukak pintu ni tapi tak boleh. macam ketat sangat"
aku macam, eh yeke.
kau faham tak macamana? kunci dah ada dekat tombol cuma tinggal nak pulas je kuncinya.
so aku pun pulas la, sekali pulas je dah ok. akak tu ucapkan terima kasih.
aku inteview la kakak tu kan. tanya dia baru pindah ke. dia kata ya, baru pindah bla bla bla.
aku macam suka hati la kan sebab dah ada orang duduk sebelah rumah.
tidaklah ku takot lagi kan.
then bila aku dah siap beli barang, naik atas eh aku tengok rumah kakak tu gelap.
dalam hati aku, cepatnya masuk tidur.
tapi percayalah, sampai ke hari ni rumah tu gelap takde penghuni.
sampai ke hari ni.
sebab aku kan suka keluar kedai malam-malam so aku tau lah.
takkan pukul 9-10 malam bergelap lagi kan.
aku dah fikir bebukan.
then aku cerita kat Sha.
sha memang cibs sikit.
ada ke dia kata entah-entah tu hannnnnn.....*sambung sendiri*
sebab hannnn kan tak reti bukak-bukak menda macam tu.
eh yelah tu. kalau hannnn buat apa dia nak masuk ikot pintu.
kan dia boleh tembus. kahkahkahkahka ok tak kelakar.
aku tau kakak tu tak balik sebab surat, flyer dan macam-macam lagi ada kat depan rumah dia.
takkan dia tak kutip kan. bersepah aku tengok.
or mungkin lah dia bercuti.
or mungkin la dia berkursus.
or mungkin la hmmmm whatevaaaa.
ok aku dah cuak.

Mar 22, 2012
Kerana aku dah ketagih drama cina ni.
Salam.
phewwww.
what a day today.
semalam aku EL. heheheheheheh.
sebabnya adalah "sakit perot".
kfine. aku nak bagitau ni.
aku sekarang tengah menggilai drama bersiri cina bertajuk The Mysteries of Love.
kisah dia mengenai kepolisan. tapi terselit unsur cinta dan kekeluargaan.
drama ni pukul 7 malam di 8tv. cuba lah tengok. syok wooo.
kisahnya mengenai seorang wanita bernama Sai Lei Mui yang menjadi polis dibahagian Unit Jenayah Berat.
selain dari menyelesaikan kes-kes jenayah, dia juga menyelesaikan kes cintanya. hikhikhik gelak malu.
ok la Sai Lei Mui ni bercinta dengan Kingsley King, anak orang kaya golongan atasan yang maknya macam mak-mak datin drama melayu yang tak suka anak jantannya bercinta dengan gadis golongan sederhana. Kingsley ni merupakan professor muda yang juga menolong polis di unit jenayah berat menyelesaikan kes.
so bercinta lah mereka yang mana watak Kingsley ni sangat lah control macho macam nak toleh kiri kanan pun aku rasa leher dia sangat berat oh apakah?
tetapi kan. sob sob sob.
hari selasa hari itu, Kingsley membuat keputusan untuk putuskan hubungan merea berdua. sebab mak dia punya angkara la. mak yang durjana. tak boleh ke kau terima je bakal bini anak kau tu? kenapa darjat jadi ukuran. kenapa????
serius, masa Sai Lei Mui menangis sebab sedih, aku pun menangis weh. tengok ombak rindu pun aku tak menangis. like serius, aku menangis. seolah-olah Sai Lei Mui tu aku damn gila perasan. kahkahkah.
dapat aku rasakan kesedihan Sai Lei Mui tu.
setiap tangisan dia. setiap luahan hati dia. macam menusuk di kalbu ecewah menyampah.
kenapa aku suka drama/filem cina?
sebenarnya dari dulu aku suka.
sebab aku suka bahasa dia. senang diingat. eh ni aku cakap pasal bahasa cina hongkong tau.
bahasa yang senang tu yang selalu kita dengar kaum cina cakap. bahasa kantonis.
aku juga suka suasana hong kong. and yes, aku menyimpan niat nak ke hong kong. sila kumpul duit.
serius cantik suasana hongkong tu pada aku.
satu lagi drama cina ni dia ringan.
kalau yang jahat tu, tak lah dia tunjuk jahat beria.
dan ikatan kekeluargaan yang ditunjukkan buatkan aku rasa wahhhh holengaaaa bestnya.
dan kalau lelaki tu bila bercinta *dalam lakonan* tak lah romantik sangat macam drama melayu tu.
romantik tetap ada cuma tak keterlaluan. matiklah puji cina je kerjanya.
eh.
ada lagi scene yang buat aku menangis.
scene dalam bilik air dimana Sai Lei Mui menangis dan ayah dia pujuk dia.
perghhhh. terasa berderai airmata di pipi sambil ku memeluk bantal dan berkata "kejamnya cinta".
kahkahkah.
hari ni mungkin terpaksa miss drama ni.
esok pun sama.
aduhai. terasa sedih pulak. hehehe.
ok. wo ai ni sayangs.

![]() |
Kingsley dan Sai Lei Mui. |
![]() |
watak-watak utama yang paling aku suka hujung belah kanan alolololo sangat cute dan nakal. dia bos Sai Lei Mui, Tuan Lo. |
![]() |
ni lah scene dimana airmataku jatuh berderai. kahkahkahkah |
eh.
ada lagi scene yang buat aku menangis.
scene dalam bilik air dimana Sai Lei Mui menangis dan ayah dia pujuk dia.
perghhhh. terasa berderai airmata di pipi sambil ku memeluk bantal dan berkata "kejamnya cinta".
kahkahkah.
hari ni mungkin terpaksa miss drama ni.
esok pun sama.
aduhai. terasa sedih pulak. hehehe.
ok. wo ai ni sayangs.
sekian
Mar 20, 2012
Kerana dulu kau comel. sekarang apa dah jadi?
Salam.
weh korang tak ngantuk ke?
aku aduhai. punyalah mengantuk.
padan muka kan.
siapa suruh tidur lewat kan.
macam ni ceritanya.
aku lepak dengan kak dhiya sampai pukul 12.45 malam.
then masa melepak tu borak kemain lagi la kan.
sampai dua gelas aku order nescafe o ais.
balik rumah, ambik kau. dengan degupan jantung yang laju.
dengan adrenalin aku yang entah tunggang terbalik.
mata pulak segar bugar. buatkan aku tidur pukul 4 pagi.
pergi ofis macam terbang je rasanya.
nasib sekarang dah ok sikit. ok ke? ok lah *tipu otak. positif*
eh.
korang nak tak tengok muka pelakon kanak-kanak
yang dulunya comel sekarang muka dah besar macamana?
ni kat bawah ni ada beberapa pic pelakon kanak-kanak meletup dengan filem dan drama memasing.
serius ada yang aku macam whatthe???
jom tengok
yang bawah ni paling legend.
BARNEY STINSON in the houseeeee.
he is barney stinson dalam how i met your mother.
dia sangat cool.
pandai pikat perempuan.
dia sangat optimistik.
sangat tidak kedekut.
semua perempuan suka pada dia.
tapi hanya watak dalam how i met your mother.
hakikatnya, dia adalah gay di luar.

yeah yeah. i see dead people. it's you!! haley joel osment. |
![]() |
he was my malcolm in the middle, frankie muniz. drama bersiri favret aku dan adik-adik. |
![]() |
he is home alone forever!!! apa telah terjadi padamu? |
![]() |
anak the rock dalam the game plan. still cute kan |
![]() |
ladki badi anjani hai. yeah!! inilah dia anjali dalam kuch kuch hota hai atau nama sebenarnya sanaa saed kot entah. |
![]() |
budak kira bintang |
![]() |
budak dalam stuart little. |
yang bawah ni paling legend.
aku sangat suka dia.
sebab dia sangat awesome.
drama bersiri dia sangat awesome. kengkawan dia sangat awesome.
he is...........................
BARNEY STINSON in the houseeeee.
he is barney stinson dalam how i met your mother.
dia sangat cool.
pandai pikat perempuan.
dia sangat optimistik.
sangat tidak kedekut.
semua perempuan suka pada dia.
tapi hanya watak dalam how i met your mother.
hakikatnya, dia adalah gay di luar.
![]() |
barney and friends. ya. ni versi barney and friends golongan dewasa dalam how i met your mother |
sekian
Mar 19, 2012
Kerana bila aku jauh, aku mohon DIA melindungi keluargaku
Salam.
korang sehat? harap-harap sehat la ye.
ecewah. macam tulis surat kan.
dalam fb aku asyik tulis status jiwang je kan.
bukan apa. saja je nak propa. padahal takde apa pun.
sampai ada yang kata aku in love. in love celah mana la kan.
takde maknanya.
dah memang aku romantik euwwww geli geli geli.
sekarang aku asyik ingat dekat ibu dan abah je.
adalah sebabnya. personal sangat-sangat.
aku cuma mohon segalanya baik-baik saja.
aku mohon supaya ibu dan abah sentiasa dalam lindungan-NYA
aku mohon segalanya berakhir dengan satu kebahagiaan.
aku mohon, aku mohon Ya Allah.
aku berharap sangat di saat yang macam ni, aku berada di karak.
aku berharap sangat aku mampu buat segala-galanya.
aku berharap sangat aku boleh perbetulkan semuanya.
tapi kelakar la pulak kan.
aku ni bukannya ada kuasa. aku manusia biasa.
aku cuma boleh berdoa. berserah.
percaya yang ALLAH ada untuk aku dan semua.
betol lah kan.
manusia yang seringkali ketawa, banyak cakap,
di cop geng jahat oleh bos sendiri, ceria itu sebenarnya menyimpan 1000 cerita.
ecewah. banyak lah kau punya 1000 cerita.
korang pun mesti ada yang macam aku kan?
rasa yang korang boleh buat semuanya, boleh perbetulkan semuanya
boleh tenangkan semuanya. padahal sebenarnya korang tu cuma insan biasa.
macamkan korang ada super power.
hmmmm.
rasa macam takde korang dalam family, family korang akan goyah.
macam aku la kan sekarang ni. hmmmm
aku kata kat ibu.
serahkan segalanya pada Allah.
jangan banyak fikir.
tapi akhirnya aku yang menangis.
cepat betol tacing kan aku ni.
eh.
semalam kan aku goreng tempe.
lepas tu kan, tangan aku kena kuali.
terus ada gelembung macam melecur tu tau.
eleh, itupun nak ngadu kan.
ok, itu saja.

Kerana 10 ayat mengorat/mengusha
1.
:- dimana awak sembunyikan?
:~ sembunyikan apa?
:- hati saya yang awak curi.
2.
:- bila saya tutup mata, saya selalu nampak awak.
:~ jadi, apa masalahnya?
:-takde masalah. cuma saya nak bagi tahu kenapa saya tutup mata selalu.
3. cepat telefon ambulans!!!! saya kena strok selepas tengok awak yang cantik.
4. you've been charged in court for for stealing my heart. trespassing in my dreams. robbing my senses. you've been sentenced to a lifetime with me.
5.
:-polis cari awak untuk tangkap awak.
:~apa salah saya?
:-sebab awak curi hati saya.
6.
:- why do you keep following me?
:~ because, when i was little, my mom told me to follow my dreams.
7. if i had one wish, trust me, i would wish for you.
8. if nothing lasts forever, will you be my nothing?
9. loving you is like breathing. how can i stop?
10. let's commit the perfect crime. i'll steal yours. and you steal mine.
Mar 16, 2012
Kerana romantiknya dia ini.
Salam.
mood aku ni memang cepat berubah.
yelah, macamkan kau kesah kan :( ok ngada buat muka sedih.
ada masa aku update status girang kat fb sukanya bila dia ceria.
ada masa status sedih pulak.
ada masa status mengalahkan ustaz azhar idrus.
ada masa mengalahkan romeo and juliet.
and yes semalam dan hari ini mood adalah jiwanghaktui.
sampai adik aku, Faeez kata aku ni asyik tulis pasal cinta.
dia kata OMG my sister is getting wild. kahhhhh.
asal aku jiwang je, wild la tu.
perasaan je yang wild. hehehehe.
entahlah. aku tak nafikan aku ni romantik wah stetmen berani mati.
please dont be hesitate kalau nak lempang aku. silakan.
aku suka baca love quotes. aku suka jot down apa yang aku dengar apa yang aku baca.
aku ada buku untuk quotes ni aje. bukan setakat pasal cinta-cinta ni. kehidupan, kata-kata semangat pun aku suka take it as a note. it's so fun. believe me.
kalau bosan-bosan aku akan gugel segala jenis mutiara kata, segala jenis quotes.
kadang-kadang kan aku akan rasa down. so bila baca at least, dapatlah naikkan semangat.
walauponnnnn time tu je la yang naiknya semangat ni.
yela. aku ni jiwang.
aku suka express feeling aku. kalau aku rindu, aku cakap aku rindu.
kalau aku sayang, aku akan cakap aku sayang.
kalau time aku rajin, aku akan tulis surat cinta dan baca depan dia.
percaya tak? sila lah percaya. aku sangat gigih.
tapi dulu lah. sekarang nak tulis surat cinta ke siapa kan.
sweet tak aku? sweet tak??? *sambil jegilkan bijik mata*
lain orang lain gayanya.
ada kawan aku tu, memang tak romantik pun.
tunang dia pun tak romantik. jalan jugak aku tengok.
dah dia tak romantik kan. so ngam lah dengan jiwa dia.
cer kalau aku dapat suami tak romantik?
mau menangis menjeruk rasa di tepi sinki sambil lap guna hujung baju kurung.
romantik ni bukan lah dengan perbuatan je weh.
sebelum kawen nak beromentik ni memang haram la kan.
tapi boleh jadi dengan kata-kata, lepas tu bagi coklat ke time awek merajuk *sampai berlemak-lemak la kau kan*
bila awek merajuk, pujuk la dengan cara yang romantik.
gerenti dia cair.
like, hantar mesej taip "saya". then send.
taip "minta". then send.
taip "maaf". then send.
taip "i". then send.
taip "love". then send.
last taip "u". so sweet kan? tak ke senyum awek kau tu?
we love simple thing macam tu.
no need to buy emas ke berlian ke kalau kau kaya raya silalah beli tu lagi afdal.
ok j.k, j.k
ok lah.
merapu pasal romantik pulak kan.
dah kata blog merapu. haruslah merapu.
bye sayangs.
sekian
Kerana One Direction
ha ambik.
sampai tiga vid aku letak.
punyalah suka.
dahlah cute.
ni stok-stok boyband.
tapi lagu ala-ala punk rock macam simple plan pun ada.
apa-apa pun aku tetap suka.
sekian
Mar 15, 2012
Mar 14, 2012
Kerana aku dapat mesej cinta dari Mr. Hot dan sekarang hati aku berbunga-bunga
Salam.
tadi Mr Hot hantar mesej kat aku. berbunga-bunga hati aku tau.
maklumlah, lama tak dapat mesej berbaur cinta ni.
nak tau dia tulis apa?
RM0. Servis Voice SMS akan ditamatkan pada 30/3. Terima kasih atas sokongan anda. Untuk menikmati kandungan & servis Maxis yang lain, dail *200#

with love, Hotlink.
sampai hati kan hotlink tamatkan servis ni.
kepada pengguna hotlink mungkin tau la kot servis ni.
kepada yang tak tau, meh aku nak cerita.
servis ni membolehkan pengguna menghantar mesej melalui pesanan suara.
no need to type text message.
apa yang kau perlu buat adalah menambah dua star (**) didepan nombor yang kau nak dail.
contoh aku gunakan nombor aku kay. **0123644123. then call macam biasa.
tunggu arahan dan selepas arahan tu, kau cakap jelah apa yang kau nak cakap.
hotlink bagi 40 saat untuk kau bercakap dengan servis ni.
contoh kalau kau malas nak taip mesej, kau cuma dail je nombor orang tu macam nak call biasa tu.
then tambahkan dua star didepan nombor. caj hanya 10 sen. dan penerima voice sms kau tu akan dapat panggilan macam biasa di skrin henfonnya. kalau dia tak angkat, hotlink akan remind dia yang dia ada voice sms dari kau. dan kau juga akan dapat reminder mengatakan orang tu tak dengar lagi voice sms kau bagi tu.
the best part is, orang yang dapat Voice SMS tu boleh dengar semula Voice SMS yang kau dah buat tu
berulang kali tanpa dikenakan caj dengan mendail *1*
aku and voice sms memang tak boleh dipisahkan.
siapa yang bercinta dengan aku mesti selalu dapat. kahkahkah.
aku ni kan romantis haktuiii.
bila dengar lagu kegemaran kami berdua, cepat-cepat hantar voice sms.
lekap kan je henfon ke radio macam lekap kat telinga.
then kalau si dia tak angkat (selepas maxis hantar reminder), aku pulak yang hantar reminder ke dia. suruh dengar jugak kalau tak saya merajuk dua minit alolololo tiru ayat zara vanila coklat.
kahkahkahmenyampahgilahellperangai.
kadang-kadang.
bila rindu bertandang, dia pulak hantar vioce sms kat aku.
kata rindu dekat aku semua bagai.
then sebelum tidur aku akan dengar la berulang kali. oh jijiknya indahnya zaman bercinta.
jelik pun ada. kahhhhhhhh.
aku pun balas semula. ewahhh.
bila gaduh lagi hebat. aku la tu yang akan hantar voice sms tu.
tapi aku tau dia takkan angkat.
siapa nak dengar kata-kata marah, ye dak?
voice sms juga menjadi medan untuk aku tau tajuk lagu.
katakan aku suka lagi tu.
then aku akan hantar voice sms kat member.
hehhehe untuk tau tajuk lagu tu. hebatkan.
alahai.
segalanya dah berubahkan.
hotlink pun dah nak berubah.
tiada lagi kenangan menghantar vioce sms kepada si dia.
tiada lagi mendengar kata-kata jelik indah waktu malam. kahhhhhh.
sekian
p/s: itu bukan nombor aku. tujuh nombor yang pertama tu (0123644) tu memang nombor aku. 123 tu bukan. kemain explain. macamlah kau kesah, kan?
Kerana takde air. dibakar. video luc**. terbakar
Salam.
suasana sangatlah dingin. sangatlah sejuk.
hujan dan mendung diluar. aircond didalam.
jadinya, menggunakan pashmina untuk melindungi kesejukan di tubuhku. ecewah. nampak matang tak mukadimah?
so. apa berita tergempar Malaysia?
selangor/KL takde air 36 jam.
nasib Putrajaya tak terlibat. satu hal pulak nak cari tempat mandi walaupun aku tetap wangi kalau tak mandi.
teringat masa di UIA, takde air seminggu kot. betapa seksanya la. sudahnya pergi Ulu Yam dengan kengkawan.
pergi Giant beli air botol banyak-banyak. seksa you all, air takde. aku rela takde letrik. atleast takde letrik romantik la jugak boleh candle light dinner. ni takde air. alahai, rimas tau tak. takpe, sabar ye.
adik Dirang yang hilang mati dibakar.
ni serius aku menangis masa tengok berita ni. aku ni kan hati tisu. aku mengikuti perkembangan kehilangan adik dirang ni. sebab kes mak dia leka main fb sehingga menyuruh si anak kecil ke kedai. ok. nak salahkan mak dia pun dah tak guna. orang kata, kalau nak jadi, terjadi juga. but logik la, anak tu kecik sangat lagi kau dah suruh dia ke kedai. alahai. sedih aku rasa. nak beli megi dengan telur. yang tukang bakar patut kena bakar sekali. atleast bakar jari dan kaki dia sikit. tengok dia meraung ke tak. al-fatihah untuk adik dirang.
kes video/gambar lucah pelakon melia.who?
ok dia tak glamer. filem karipap-karipap cinta dia pun tak kemana. sebab berlakon dengan gambit. gambit who? entah. aku tak minat. baca blog Mazidul Akmal (sila klik). memang kau wartawan hiburan. dan kalau betul si melia tu dah buat menda tak senonoh, janganlah kau hebohkan. kan berdosa aibkan orang lain? kau Islam. dia Islam. tak boleh ke kau tutup malu kaum Muslimah? sebab dia bukan adik/kakak kau? kalau dia bukan darah daging kau pun, atleast ingat, kita saudara sesama Islam. kau sebarkan perkara tak elok pasal yang seagama dengan kau, bayangkan mereka yang lain agama dengan kita pandang kita macamana? yang si melia pun satu. aish. malas aku nak komen banyak-banyak. Allah bagi akal fikiran. sendiri fikirlah.
kes terbakar.
yang ni penting.
kerana kecuaian sendiri habis terbakar.
kain kurung aku.
berlubang. pagi tadi.
sekian.
Mar 13, 2012
Kerana Chinta #1
usah merayu pada orang yang sudah tiada simpati. hak kita milik kita.
bawalah hati itu dan pergilah dari situ.
seandainya kita diciptakan untuk menjadi satu,
pasti suatu ketika kita akan bertemu. namun seandainya kita dicipta
untuk tidak bersatu, walau dekat selalu, kau takkan jadi kepunyaanku.
bawalah hati itu dan pergilah dari situ.
ada waktunya, sepi menjadi indah kerana di saat itu,
kita ada ruang untuk mengingati dan merindui.
seandainya kita diciptakan untuk menjadi satu,
pasti suatu ketika kita akan bertemu. namun seandainya kita dicipta
untuk tidak bersatu, walau dekat selalu, kau takkan jadi kepunyaanku.
Kerana tiada lagi
sia-sia sudah
kita jalin cinta
bila hati selalu berbeda
sampai kapan lagi
aku harus menahan
rasa kecewa di dalam dada
seandainya kita masih bersatu
tak mungkinkan menyatu
walau masih ada sisa cinta
biarkan saja berakhir sampai disini
tiada lagi yang ku harapkan
tiada lagi yang ku impikan
biar aku sendiri tanpa cintamu
tiada lagi kata cintaku
takkan lagi ku bersamamu
biarku simpan semua kenanganku bersamamu
Mar 12, 2012
Kerana orang yang suka membawa cerita. eh, sakit pulak hati kita ni!
Salam.
kemengantukan aku telah beransur hilang setelah menjamah nasi dengan ikan keli bercili.
itu saja menu aku hari ini. sebab aku dah dapat satu tabiat, suka makan nasi kering takde kuah dah.
so letak ikan keli then kicap. Alhamdulillah.
well, korang pernah tak jumpa or kenal manusia yang memang suka bawa cerita pasal orang lain?
selalu kau akan dapat tahu yang dia tu mengata kau, reka cerita pasal kau dan mengadu domba ecewah ke semua orang macamkan kau tu jahat sangat macam iblis? pernah? tak pernah?
aku ada. *cey, boleh buat tajuk lagu "aku ada"*
aku tak tahu la apa yang ada dalam kepala otak orang macam ni.
sehari tak buat cerita pasal orang lain, kau tak kenyang eh? badan kau berkudis eh?
aku tak kisah la kalau dia nak mengata aku. tapi aku sangat kisah kalau ianya sampai ke telinga ibu dan abah.
sikit sebanyak, terluka juga kan hati orang tua?
yang paling kelakar, dah pandai buat onar dengan aku dan adik-adik,
boleh lagi dia tunjuk muka kat rumah makteh. duduk melepak dengan kitorang buat muka kesian.
but then, sebelum tidur, aku analisis *ayat macam professor kan* semula kenapa dia ni suka mengata orang.
bukan aku je kay yang kena. adik-adik aku pun kena sekali.
malah satu tempat tu dia pernah mengata.
1. aku rasa dia cemburu. dia ni janda. so life tak menentu. so dia jeles kami yang bahagia ni. dari dia tengok kami bahagia, baik dia porak peranda kan ikatan kekeluargaan kami. ini terbukti dengan mesej yang dia hantar kepada adik aku, syera. syera ni ajak lah dia bersemuka sebab nak tanya apa yang dia tak puas hati sangat. but then dia kata dia tak buat cerita tu then bla bla bla. whateva.
2. dia rasa kami ni ancaman dia. betol ke? kami ni diva ke, anak raja ke, anak perdana menteri bosnia ke sampai dia rasa nak terancam?
3. dia nak jadi macam kami. i mean, berkawan, ada keluarga bahagia yang lengkap etc semua tu.
dia boleh menumpang kasih sayang keluarga kami.
kalau dia bersikap baik. sebab abah dan ibu bukan manusia pendendam.
malah aku hargai dia yang selalu temankan makteh yang masih lagi kurang sehat.
sekurang-kurangnya taklah aku risau.
tapi dia tak pandai nak hargai apa yang kami dah bagi.
dia umpama duri dalam daging.
apa yang berlaku dalam family aku, kalau dia ter-tahu,
mesti esok lusa semua orang pun tahu.
ikotkan aku, memang aku tampar je muka dia.
tapi mengenangkan petang tu makteh ada.
dah buat ibu terluka,satu hal.
buat abah termenung, satu hal.
abah kata, takpe. sabar je.
anggap je dia tak betul.
hmm itulah abah.
asyik sabar je la yang dia tau.
anak-anak mana reti sabar.
heheheheheh.

Kerana terikat kasih Tqah (kawan baik) dan A.K dan aku mengantuk. ok takde kaitan
Salam.
ya tuan tuan dan puan puan.
sesungguhnya saya adalah sangat mengantuk.
maka dengan ini, saya rasa macam melayang-layang.
bak kata kak nora, macam nak terbang. oh kenapakah?
oh begini rasanya hatiku sengsara. oh termenyanyi pulak.
well yes.
ahad semalam adalah majlis pertunangan my bff.
forever ke? insyaAllah.
meh nak cerita sikit pasal Atiqah Liyana (tqah) ni.
seumur hidup aku berkawan dengan dia, dia tak pernah bercinta. crush tu pernah la kot. dan orang jatuh hati kat dia pun ramai. cuma dia je memilih. eh bukan, jodoh tak sampai lagi. errr whatevaaa.
then one fine day, dia ketemu sama dia punya buah hati yang dah pun selamat jadi tunang dia.
aku panggil tunang dia A.K.
kawan-kawan then jatuh cinta bila tidaklah ku tahu. dan aku tak reti nak memandai cerita kang salah pulak.
kira cerita mereka berdua ni terbaik dari ladang lah.
first time tqah kenalkan aku dengan A.K masa di alamanda.
kali pertama aku tengok aku dah tahu kenapa nyee puunnn minah ni boleh sangkut dengat A.K
sebab mukanya ada korean sikit nyeee lah punnn.
mata ada sepetnyeeee lah. tidak syak lagi tqah memilih rupa. ok gurau.
ni adalah sikit pic di majlis semalam.
tak banyak sangat. nak banyak tunggu nikahnya la.

ok. dalam pic tak nampak sangat. but believe me, she's so stunning. orang tak pernah mekap. sekali mekap, ha, ambik kau, terus bertukarrrr. cantik kau sayang. |
![]() |
kami bertiga. love you. |
![]() |
dari kiri cepat jalan dayah, farah, tqah, megan fox, inna, faezah. |
![]() |
![]() |
muka gatal faezah. muka bangga dayah. heh! |
![]() |
me and dayah. she used to be my roomate masa uia. heaven sangat masa tu kan dayah. kan kan kan? angguk je kay |
![]() |
budak demam di kanan. tapi tak macam demam aktif semacam. bila disuruh buat apa-apa "ala aku demam ni" |
![]() |
tqah dan maknya. senyum je makcik ye. tak lama lagi dapat menantu. setahun kemudian dapatlah cucu. eh? |
![]() |
ni mesti faezah yang ambil pic pakinson ni. |
![]() |
mmmuuuaaahhhh. |
to tqah dan A.K
selamat melayari alam pertunangan.
some people say, alam ni yang banyak dugaan.
which is aku dah tengok sendiri pengalaman kengkawan.
diharap ianya tak lah berlaku pada hubungan korang.
semoga bahagia dengan kehidupan masing-masing.
ok bye sayangs.
sekian.
Subscribe to:
Posts (Atom)